TIGA perajurit wanita yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terhempas ketika sedang menjalani raptai di Pangkalan TLDM Lumut, Perak meruntun hati. Perasaan sayu dan pilu membayangkan anak-anak yang memerlukan kasih seorang ibu.

Laman sosial Facebook salah seorang perajurit yang meninggal dunia, Laskar Kanan I JJM Joanna Felicia anak Rohna, 24, menjadi perhatian ramai terutama hantaran terakhir mendiang bersama dua orang anaknya yang masih kecil.

Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak

Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya

Baca juga: ‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lag… Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular

Baca juga: 8 tragedi helikopter terhempas pernah menggemparkan Malaysia

Tinjauan SinarPlus mendapati hantaran terakhir ibu muda itu memaparkan video dan gambar beliau diapit dua orang cahaya mata berusia ljma serta setahun.

Perkongsian bertarikh 18 Mac tanpa kapsyen berkenaan dihujani ucapan takziah daripada warga maya sehingga menerima lebih 1,000 perkongsian.

Warga maya sayu melihat dua anak kecil Joanna tidak mampu menahan kesedihan. Selain mengucapkan takziah, masing-masing mendoakan agar keluarga tabah dan kuat.

 

Ujar mereka:

“Rest in peace Joanna. Jasa mu untuk negara akan dikenang wahai wirawati negara.”

“Cantik dan muda, kasihan anak, suami dan juga keluarga. ‘Died in Honour’ sebagai anggota TLDM. Salam takziah kepada keluarga Joanna dan semoga keluarga arwah diberikan kekuatan dan ketabahan.”

Sedih melihat anak-anak mendiang yang masih kecil. Takziah buat famili yang ditinggalkan.”

Baca juga: Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut

Baca juga:‘ast dah,takut tak dan.’ Ajak bergambar, nasi berlaukkan ikan masin & telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak


Pergi sekelip mata, Joanna yang berasal dari berasal dari Kampung Sumpas Tampek Jalam Batu 11 Serian itu turut meninggalkan suami, Hasley anak Ali.

Memetik laporan Borneo Network, datuk dan neneknya tidak menahan sebak apabila mendengar perkhabaran sedih tentang kematian cucu.

Rindung Milo dan Tumbo Usen, masing-masing berusia 65 tahun menjaga Joanna sejak kecil menjelaskan mendiang seorang yang mengambil berat tentang keluarga.

“Kami tidak menjangka pemergiannya untuk bekerja adalah hari dia pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya,” kata pasangan itu.

Iklan

Joanna juga cucu yang baik dan sanggup memberikan sebuah kereta untuk kegunaan datuk dan neneknya.

Ibu bapa Joanna difahamkan sedang menguruskan jasad beliau manakala adiknya, Honey Viviane Francis, 16, mahu wanita itu disemadikan di Sarawak.

Ujarnya, berita sedih tentang pemergian Joanna disampaikan oleh ayahnya yang datang ke sekolah untuk memaklumkan kepada dia dan adiknya pada 11 pagi tadi.

“Bapa turut menunjukkan video helikopter yang terhempas itu,” katanya.

Berkongsi perasaan sayu, Honey memberitahu Joanna sempat berpesan supaya beliau menjaga ibu bapa ketika pertemuan terakhir semasa perayaan Hari Gawai tahun lalu.

Iklan

“Dia seorang saja kakak saya. Saya sangat sedih tapi reda kerana Tuhan lebih sayangkannya,” katanya dalam nada sayu.

Pada kira-kira 3.30 petang tadi, kedua ibu bapa Joanna telah dibawa oleh pegawai TLDM ke lapangan terbang untuk ke Perak bagi proses pengecaman dan pengurusan jenazah.

Jonna terdahulu menaiki Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) bersama enam anggota dan pegawai ketika menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM.

Sumber: Bernama, ARies JoaNna, Borneo Network

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!