TERTINGGAL selama 10 jam, seorang ibu bergelar doktor perubatan kehilangan anak yang berusia lapan bulan selepas ditemukan maut di dalam kereta. Bayi perempuan berkenaan dikatakan ditinggal ibunya di dalam kereta, di parkir Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.

Berikut adalah info berkaitan kejadian:

1-Difahamkan, bayi itu sudah ditinggalkan di dalam kereta selama 10 jam sejak keluar rumah bersama ibunya pada 7.20 pagi.

2-Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian dilapor pada 5.53 petang selepas Pegawai Perubatan HCTM itu dimaklumkan mengenai mangsa.

3-Hasil siasatan awal polis mendapati pada pagi 5 Oktober 2023 si ibu telah meletakkan mangsa di bahagian belakang penumpang sebelah kiri dalam keretanya untuk dihantar ke taska.

4-Bagaimanapun, doktor berkenaan terus memandu ke tempat kerja dengan anggapan mangsa telah pun dihantar ke taska.

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut, ibu bapa cuai tertinggal 6 jam dalam kereta suhu 35 darjah Celsius

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

5- Beliau hanya menyedari anaknya masih berada dalam kereta pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suami bahawa si kecil itu tidak dihantar ke taska.

6-Bayi berkenaan adalah anak bongsu daripada dua adik-beradik.

7-Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

8-Keterangan daripada si ibu akan diambil selepas selesai proses pengebumian.

9-Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

10-Sementara itu, Pengarah HCTM dalam kenyataannya mengesahkan kejadian tersebut.

11-Pihak pengurusan hospital berkenaan menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

12-Pengurusan HCTM berharap semua pihak dapat menghormati privasi dan perasaan keluarga mangsa dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan spekulasi mengenai insiden ini supaya tidak mengganggu siasatan seterusnya.

Baca juga: Tinggal anak kembar dalam kereta, ibu ayah pergi open house? Perkongsian wanita cetus amarah ramai

TIP ELAK TERTINGGAL ANAK DALAM KERETA

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Amat menyedihkan apabila Sindrom Terlupa Anak atau Forgotten Baby Syndrome terus berlaku. Justeru anda boleh mengikuti tip yang dikongsi Raising Children Australia ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“Dengan rutin itu, anda akan terbiasa memeriksa si kecil di belakang kenderaan secara automatik tanpa bergantung pada ingatan jangka pendek,” katanya.

Baca juga: Kanak-kanak 4 tahun temui ajal, ditinggal ibu bapa dalam kereta suhu 49 darjah Celsius

Berikut langkah-langkah perlu dilakukan;

1-Memeriksa tempat duduk belakang setiap kali meninggalkan kereta.

Iklan

2-Buka pintu belakang kereta setiap kali parkir walaupun tiada sesiapa di belakang.

3-Letakkan beg, bekas bekal makanan atau botol air anak di tempat duduk hadapan di mana anda boleh melihatnya.

4-Tinggalkan sesuatu di tempat duduk belakang di sebelah anak. Pilih item yang anda perlukan selepas meninggalkan kereta seperti telefon, kad akses pejabat, dompet atau beg tangan.

5-Tampal pelekat peringatan pada tingkap kereta atau berhampiran pemegang pintu yang mana ia boleh dilihat apabila anda keluar dari kereta. Pelekat boleh tertera peringatan ‘lihat belakang kereta sebelum kunci’ atau ‘periksa tempat duduk belakang’.

Anda juga boleh meminta penjaga taska atau pengasuh menghubungi segera jika si kecil belum tiba di pusat asuhan dalam jangka masa tertentu.

Diharapkan ibu bapa untuk elak meninggalkan anak bersendirian dalam kenderaan walaupun seminit.

Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab dengan tidak membiarkan anak yang berusia di bawah enam tahun dalam kenderaan tanpa pengawasan.

Iklan

Semoga kes yang terjadi ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Sekiranya anak terkunci dalam kenderaan, segera hubungi talian kecemasan 999 atau tukang kunci untuk bantuan, halang sinaran matahari dari terus masuk ke dalam kenderaan serta peka keadaan anak setiap masa.

Sumber: Polis Cheras, Raising Kids Australia, HCTM

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!