LAGI kes tertinggal anak dalam kereta. Dari pagi hingga ke petang tertinggal di dalam kereta oleh bapa, seorang bayi berusia 16 bulan menemui maut.

Bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus, Terengganu.

Berikut adalah enam info berkaitan:

1-Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, polis menerima maklumat dari pusat kesihatan IPTA berkenaan memaklumkan seorang bayi perempuan telah meninggal dunia ketika dibawa ke pusat kesihatan itu pada pukul 4.30 petang.

2-Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas bapa bayi tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak pada sebelah pagi.

3-Pusat asuhan berkenan terletak di dalam kampus universiti berkenaan.

4-Sebaik menerima maklumat daripada pusat kesihatan IPTA, pihak polis terus ke lokasi dan membawa mayat bayi itu untuk dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah.

5-Proses bedah siasat telah dibuat malam tadi. Proses mengambil kenyataan ibu bapa mangsa juga dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

6-Abdul Rahim meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan menjejaskan emosi keluarga mangsa.

5 KES TERTINGGAL ANAK DALAM KENDERAAN DI MALAYSIA

1)6 Oktober 2023, Cheras

Bayi berusia lapan bulan selepas ditemukan maut di dalam kereta. Bayi perempuan berkenaan dikatakan ditinggal ibunya di dalam kereta selama 10 jam, di parkir Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.

2) 14 Mac 2018, Port Dickson

Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, maut akibat sesak nafas selepas tertinggal dalam kereta selama empat jam di parkir sebuah kolej kemahiran di Batu 3, Port Dickson, Negeri Sembilan.

3) 17 Februari 2020, Kuantan

Seorang bayi dalam lingkungan usia 12 bulan telah meninggal dunia akibat tertinggal di dalam kereta bapanya di tapak parkir Kompleks Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan.

4) 13 September 2016, Kulai

Bayi perempuan berusia 12 bulan maut di Kulai, Johor selepas ditinggalkan lebih lima jam dalam kereta milik bapanya.

5) 21 Ogos 2014, Kuala Nerang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas ditinggalkan oleh bapanya di dalam kenderaan secara tidak sengaja selama lebih lapan jam di Kuala Nerang, Kedah.

Baca juga: Tertinggal 10 jam, ini kronologi anak doktor maut dalam kereta di parkir hospital

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut, ibu bapa cuai tertinggal 6 jam dalam kereta suhu 35 darjah Celsius

Iklan

TIP ELAK TERTINGGAL ANAK DALAM KERETA

Kredit foto: Sinarplus Generate by Midjourney

Amat menyedihkan apabila Sindrom Terlupa Anak atau Forgotten Baby Syndrome terus berlaku. Justeru anda boleh mengikuti tip yang dikongsi Raising Children Australia ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“DENGAN RUTIN ITU, ANDA AKAN TERBIASA MEMERIKSA SI KECIL DI BELAKANG KENDERAAN SECARA AUTOMATIK TANPA BERGANTUNG PADA INGATAN JANGKA PENDEK,” KATANYA.

Berikut langkah-langkah perlu dilakukan;

1-Memeriksa tempat duduk belakang setiap kali meninggalkan kereta.

2-Buka pintu belakang kereta setiap kali parkir walaupun tiada sesiapa di belakang.

3-Letakkan beg, bekas bekal makanan atau botol air anak di tempat duduk hadapan di mana anda boleh melihatnya.

4-Tinggalkan sesuatu di tempat duduk belakang di sebelah anak. Pilih item yang anda perlukan selepas meninggalkan kereta seperti telefon, kad akses pejabat, dompet atau beg tangan.

5-Tampal pelekat peringatan pada tingkap kereta atau berhampiran pemegang pintu yang mana ia boleh dilihat apabila anda keluar dari kereta. Pelekat boleh tertera peringatan ‘lihat belakang kereta sebelum kunci’ atau ‘periksa tempat duduk belakang’.

Iklan
Kredit foto: Sinarplus (Generate by Midjourney)

ANDA JUGA BOLEH MEMINTA PENJAGA TASKA ATAU PENGASUH MENGHUBUNGI SEGERA JIKA SI KECIL BELUM TIBA DI PUSAT ASUHAN DALAM JANGKA MASA TERTENTU.

Diharapkan ibu bapa untuk elak meninggalkan anak bersendirian dalam kenderaan walaupun seminit.

Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab dengan tidak membiarkan anak yang berusia di bawah enam tahun dalam kenderaan tanpa pengawasan.

Semoga kes yang terjadi ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Sekiranya anak terkunci dalam kenderaan, segera hubungi talian kecemasan 999 atau tukang kunci untuk bantuan, halang sinaran matahari dari terus masuk ke dalam kenderaan serta peka keadaan anak setiap masa.

Sumber: HMetro, Utusan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!