‘Teruja dapat hadir, sangat bermanfaat’, reaksi orang ramai sertai Program World #QuranHour

WORLD #QuranHour kelapan bertemakan Misi Surah Al-Insan: Memanusiakan Ummah diadakan serentak di seluruh dunia hari ini.

Berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak sebagai lokasi perdana, World #QuranHour membawa agenda memanusiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam merealisasikan misi Masuk Syurga Sekeluarga.

Ia juga dipilih bertujuan menanamkan nilai memanusiawikan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar (orang berkebajikan).

Terdapat 11 karakter Al-Abrar perlu dididik dalam diri seseorang untuk menjadi Insan berkebajikan (Al-Abrar). Ia mencakupi tanggungjawab manusia kepada ALLAH SWT dan tanggungjawab manusia sesama manusia iaitu:

1. Amanah – Menunaikan nazar/janji kepada ALLAH SWT dan sesama manusia (76:7)
2. Takwa – Takut azab Allah SWT (76:7)
3. Infak – Memberi makanan (76:8)
4. Ikhlas – Tulus (76:9)
5. Berorientasikan akhirat – Beriman kepada hari akhirat (76:10)
6. Teguh – Berpegang teguh dengan al-Quran (76:23)
7. Sabar – Kegigihan (76:24)
8. Kawalan diri – Menahan diri daripada melakukan dosa (76:24)
9. Taat – Menunaikan solat fardu (76:25)
10. Bina jiwa – Solat Tahajjud (76:26)
11. Syukur – Bertasbih (76:26)

Baca juga World #QuranHour ke-8 bawa tema ‘Memanusiakan Ummah’, pilih surah Al-Insan realisasi misi masuk syurga sekeluarga

World #QuranHour

Alhamdulillah, World #QuranHour sangat memberi manfaat berguna buat semua. Ini kata mereka yang hadir;

“Saya rasa program sebegini patut diteruskan untuk tahun-tahun akan datang sebab ia sangat berguna. Walaupun ia sangat sekejap namun input yang kita dapat itu sangat efektif. Apa yang saya dapat hari ini sangat berguna buat saya sebagai seorang pelajar. Tajuk yang diketengahkanAl-Abrar (orang berkebajikan) pembangunan insan yang baik. Sebagai pelajar, saya terkesan untuk menjadi lebih baik.”- Adlina Hayati Alaudin, 20, Kota Bharu, Kelantan.

“Saya pertama kali join secara live dan depan mata sendiri. Saya rasa sangat teruja dan tak sangka sambutan sangat meriah sebegini. Kandungan-kandungannya sangat relevan dengan masa kini sebab semuanya boleh diaplikasikan untuk kita. Ia juga mengajar saya ciri-ciri 11 karakter insan Al-Abrar (orang berkebajikan).” – Batrisyia Nasuha Ahmad Rasydan, 20, Kelantan.

Iklan

“Saya dah banyak kali turut serta sebelum ni, memang sampai je Ramadan tertunggu-tunggu program ini. Dek kerana Covid-19 dah dua kali tak boleh join. Pemilihan surah Al-Insan sangat kena dengan keadaan semasa sekarang. Bila sebut manusia bukan semua orang itu ada sifat kemanusiaan. Bagi penambahbaikan, satu jam itu tak cukup sekurangnya kena panjangkan sedikit dua jam dan mungkin boleh dibuat pada waktu cuti. Kawan-kawan saya lain ada nak turut serta namun tak boleh kerana kerja. Masjid dipilih adalah lokasi terbaik kerana besar dan sesiapa sahaja boleh turut serta.” – Afiq Ismail
pekerja swasta, 25 tahun, Pahang.

“Ini kali pertama saya sertai, saya dah lama tunggu program World #QuranHour ini. Saya sangat gembira dapat datang hari ini. Lepas ni saya pun akan bawa keluarga untuk sertai. Kawan-kawan pun ramai tak dapat datang sebab ada kelas. Untuk penambahbaikan, bagi saya cuma perlu dalamkan lagi tafsirnya supaya boleh difahami lebih jelas. Pemilihan surah saya rasa okey. Surah Al-Insan buat saya rasa seronok dan akan baca lagi dan lagi.” – Nur Ainaa Athirah Marizan, 24, Pelajar UIA

Iklan

Baca juga 1 jam pada 30 Ogos, #QuranHour 1443H/2021 bawa formula menyembuh, rawat Malaysia dengan solusi Ilahi

Untuk rekod, kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini bermula sejak 2015. Kini World #QuranHour menjadi jenama terkenal untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.