World #QuranHour ke-8 bawa tema ‘Memanusiakan Ummah’, pilih surah Al-Insan realisasi misi masuk syurga sekeluarga

AL-QURAN penyuluh hidup, membudayakannya dalam kehidupan harian meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH sekali gus .

Berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak sebagai lokasi perdana, World #QuranHour ke-8 bertemakan Misi Surah Al-Insan: Memanusiakan Ummah diadakan serentak di seluruh dunia.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah perkenan untuk berangkat buat kali kedua ke program World #QuranHour.

Baca juga: Kemasnya al-Quran tulisan tangan! Bakal doktor Al-Hafizah terima 2 anugerah JAKIM jadi inspirasi

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff; Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman; Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Saleh.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff, berkata tahun 2023, Surah Al-Insan menjadi surah pilihan bagi program #QuranHour sepanjang tahun ini.

Baca juga: Johan tilawah al-Quran, Sofizah Mousin belajar taranum sejak kecil. Mahu perluaskan ilmu dan kembara dakwah

World #QuranHour kali nimembawa agenda memanusiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam merealisasikan misi Masuk Syurga Sekeluarga. Ia dipilih bertujuan menanamkan nilai memanusiawikan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar (orang berkebajikan).

Dalam ayat 3 dalam Surah Al-Insan, ALLAH menjelaskan bahawa al-Quran merupakan petunjuk dan panduan bagi orang-orang beriman.

Justeru, berpegang teguhlah kepada al-Quran dan menjadikan ia sebagai sistem operasi diri agar termasuk di dalam golongan hamba- Nya yang bersyukur dan bukan golongan kufur.

Baca juga: Hayati peristiwa Nuzul al-Quran, rebut ganjaran ganda amalan persiapan memburu Lailatul Qadar

Bagi mencapai misi Masuk Syurga Sekeluarga melalui panduan Surah al-Insan, penyelarasan (reset) perlu dibuat bagi mengubah kerangka fikir dengan menyedari bahawa manusia adalah hamba ALLAH SWT (76:1-2); dan membentuk sistem operasi diri dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan kehidupan. (76 : 3, 23)

Terdapat 11 karakter Al-Abrar perlu dididik dalam diri seseorang untuk menjadi Insan berkebajikan (Al-Abrar). Ia mencakupi tanggungjawab manusia kepada ALLAH SWT dan tanggungjawab manusia sesama manusia iaitu:

1. Amanah – Menunaikan nazar/janji kepada ALLAH SWT dan sesama manusia (76:7)
2. Takwa – Takut azab Allah SWT (76:7)
3. Infak – Memberi makanan (76:8)
4. Ikhlas – Tulus (76:9)
5. Berorientasikan akhirat – Beriman kepada hari akhirat (76:10)
6. Teguh – Berpegang teguh dengan al-Quran (76:23)
7. Sabar – Kegigihan (76:24)
8. Kawalan diri – Menahan diri daripada melakukan dosa (76:24)
9. Taat – Menunaikan solat fardu (76:25)
10. Bina jiwa – Solat Tahajjud (76:26)
11. Syukur – Bertasbih (76:26)

Untuk rekod, kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini bermula sejak 2015. Kini World #QuranHour menjadi jenama terkenal untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Sejak pelaksanaan tahun 2016, World #QuranHour telah meraih 3.89 bilion capaian di media sosial dan berada di 313 lokasi di luar negara selain lebih 3000 lokasi di Malaysia.

Baca juga: Qari cilik Ahmad Azfar Johan Musabaqah Mazamir Dawud di Algeria, berani sahut cabaran pada usia muda

Kini World #QuranHour kembali diadakan secara secara fizikal di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM selepas tiga tahun diadakan dari Studio TV AlHijrah sebagai penyiar utama dan secara atas talian di platform QuranHour dan Sinar Harian ketika musim pandemik Covid-19 sejak 2020.

Iklan

Program berinteraksi dengan al-Quran ini dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama UIAM, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.

Antara rakan Sinergi Media yang bergabung dalam misi mengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah seperti Sinar Harian, Bernama, RTM, Astro Oasis, Astro Awani, Radio IKIM, Utusan TV, Utusan Malaysia, Nu Ideaktiv, Zayan FM, New Straits Time, Berita Harian, Harian Metro, TV3, Media Prima, TV9 dan Denaihati.com.

Tahun ini, Astro Oasis kembali sebagai penyiar utama bagi World #QuranHour di lapangan untuk bersiaran secara langsung pada hari tersebut. Rakan media lain termasuk TV9, TV AlHijrah, RTM dan Bernama turut bersiaran serentak di platform masing-masing.

World #QuranHour menampilkan bacaan daripada qari, perkongsian tadabbur dan resolusi daripada Surah Al-Insan dari ayat 1 hingga 31. Dalam perkongsian tadabbur, para pendengar akan dibawa untuk menghayati mesej dari Surah Al-Insan dengan harapan ia dapat melahirkan insan al-Abrar yang ikhlas dan sabar dalam menunaikan hak ALLAH dan menunaikan hak sesama manusia sehingga kelak dilayan oleh ALLAH SWT di
syurga bersama seisi keluarga (serve to be served).

Baca juga: Wanita hebat, Iman Asri terpilih Syahadah Ula al-Fateh, lulus semakan 30 juzuk dalam 17 jam, 5 info mengenainya

Iklan

Menurut Marhaini, Surah Al-Insan akan dipasakkan pada beberapa momentum besar pada tahun 2023 ini bermula dengan World #QuranHour pada 13 April bersamaan 22 Ramadan 1444H, Arafah #QuranHour pada 9 Zulhijah, Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos dan World #QuranConvention pada 1 hingga 2 Disember dengan isi kandungan Al-Insan daripada sudut berbeza.

“Nilai Al-Abrar di dalam Misi Al-Insan ini semoga menjadikan kita manusia berkebajikan yang mampu bersama membangunkan agama dan negara ini. Kami berharap misi Al-Insan ini menjadi misi bersama yang amat berharga untuk memanusiawikan manusia.”

Tahun ini, World #QuranHour menyasarkan 1.6 bilion capaian media sosial bagi #QuranHour dari seluruh dunia. Oleh itu WUIF mengambil inisiatif untuk mengadakan dua pecutan akhir untuk membawa gelombang al-Quran, Misi Surah Al-Insan kepada orang ramai.

Pihak WUIF telah menganjurkan agihan 1000 bungkus roti & Mesej Al-Insan kepada pelajar UIAM dan penduduk sekitar Gombah pada 19 Ramadan 1444H bersamaan 10 Mac 2023; penyerahan 11 Panji-panji Insan Al Abrar (berkebajikan) dari rakyat kepada pemimpin oleh 100 penunggang motosikal dari UIAM ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Hari ini dalam sejarah, empat stesen televisyen iaitu Astro Oasis, TV9, TV AlHijrah, dan RTM menyiarkan siaran langsung World #QuranHour pada 12 hingga 1 tengah hari, 22 Ramadan 1444H bersamaan 13 April 2023.

Baca juga: Hafal 30 Juzuk Dalam 9 Bulan 22 Hari, Pelajar MRSM Dedah Tip Khatam Pantas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi