AKHIRNYA terjawab sudah teka-teki orang ramai apabila baru-baru ini tular di Twitter yang mana pasar raya terkemuka, Tesco Store Malaysia dikhabarkan akan menukar nama kepada Lotuss tidak lama lagi.

Perkara tular itu merujuk kepada sekeping gambar poster yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter dipercayai dikeluarkan oleh Tesco sendiri dirakamnya ketika berkunjung ke pasar raya tersebut beberapa hari lalu.

Hari ini, salah seorang pengguna Twitter yang mendakwa merupakan salah seorang kaki tangan syarikat tersebut pula mengesahkannya.

Jelasnya lagi, segala produk jenama Tesco juga akan diberhentikan. Stok yang sedia ada akan dihabiskan dan tidak akan masuk lagi.

Merujuk kepada laman Facebook rasmi Tesco Malaysia, beberapa jam yang lalu satu hantaran juga telah dibuat oleh pasar raya tersebut.

“Nampak sesuatu yang berbeza? Nama kami kini ditukar kepada Lotuss Store Malaysia Sdn Bhd.

“Nantikan penjenamaan baharu daripada kami. Satu yang pasti, kami akan terus menceriakan anda dengan perkhidmatan, tawaran dan barangan yang kekal hebat,” tulisnya ringkas di Facebook.

Posted by Tesco Malaysia on Monday, 15 February 2021

Namun, tiada maklumat lanjut mengenainya selain dari poster tersebut tapi sudah cukup untuk memberikan jawapan jelas tepada pelanggan bahawa Tesco kini rasminya telah bertukar nama.

Tesco tinggal kenangan, kini diganti dengan Lotuss Store

Sementara itu seorang pengguna Twitter yang lain juga menunjukkan bukti yang Tesco secara rasmi sudah menukar nama kepada Lotuss.

Iklan

Menurutnya, dia pergi membeli barang keperluan di Tesco namun apabila check-in menggunakan aplikasi MySejahtera, bukan lokasi Tesco yang dipaparkan pada skrin malah Lotuss Store.

Tidak dinafikan pasar raya Tesco sudah lama bertapak di Malaysia dan mendapat tempat di hati orang ramai

Iklan

Terdapat pelbagai produk keluaran jenama Tesco sendiri yang memiliki kualiti tinggi dan dijual pada harga yang murah menyebabkan ia menjadi pilihan utama golongan mereka yang gemar membeli belah di sana.