MENAHAN diri daripada lapar dan dahaga selepas terbit fajar dan tenggelam matahari merupakan hal wajib dituruti ketika berpuasa.

Sudah tentu, tanpa setitis air mahupun menjamah makanan akan membuatkan perut berasa tidak selesa.

Dalam keadaan begitu, keinginan untuk melakukan aktiviti bersukan juga seakan tidak bersemangat.

 

Baca juga: Kanak-kanak baru belajar puasa disorok bekal lemah hingga dibawa ke klinik doktor cerita kisah sebenar

Baca juga: Elak berasa lapar ketika berpuasa berikut hidangan yang patut diambil untuk kekal bertenaga

 

Mana tidaknya, selepas berhempas-pulas berhabis tenaga untuk mengeluarkan peluh, pastinya akan membuatkan kita berasa ingin minum dan makan.

AKtiviti fizikal boleh dilakukan sekitar satu atau dua jam sebelum mahupun 60 minit selepas berbuka.

Disebabkan itu, berpuasa menjadi salah satu kekangan untuk melakukan olahraga.

Namun, hal tersebut bukan lagi alasan kerana terdapat beberapa waktu bersesuai yang membolehkan kita melakukan aktiviti fizikal itu.

Justeru, jom semak beberapa info yang dipetik daripada CNN Indonesia.

1. Masa sesuai

Melakukan senaman saat menghampiri waktu berbuka antara yang disarankan.

Tidak perlu melakukan aktiviti berat, cukup sekadar senaman santai seperti berjalan kaki.

2. Kekerapan

Sebaiknya senaman boleh dilakukan secara minimum sebanyak tiga kali seminggu sebelum berbuka.

Cuba luangkan masa sekitar 20 hingga 30 minit sekitar satu atau dua jam sebelum.

3. Waktu malam

Jika berasa kurang selesa untuk melakukan senaman pada waktu siang, aktiviti itu boleh juga dilakukan pada sebelah malam.

Iklan

Selepas berbuka dan menunaikan solat tarawih.

Bagi mengelakkan sebarang komplikasi, anda disarankan untuk menunggu sekitar 60 minit selepas berbuka sebelum memulakan senaman.

4. Disiplin

Selain memberi fokus kepada senaman, cuba amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan sihat.

Hal ini kerana bimbang pengambilan kalori berlebihan sehingga mengakibatkan kesukaran proses penurunan berat
badan.

Ringkasnya, berpuasa bukan alasan untuk kita bermalasan atau habiskan masa dengan tidur semata-mata.

Iklan

Cuba ambil makanan kaya dengan protein dan mineral ketika bersahur.

Selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI