SINARPLUS percaya dalam kalangan kita pasti ramai yang masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya bila agaknya kerajaan mahu membuka pintu sempadan untuk kita ke luar negara.

Seperti di Hatyai yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia menjadikan ia destinasi pelancongan pilihan ramai rakyat Malaysia.

Sebelum ini Thailand juga telah menjelaskan bahawa tidak akan membuka pintu sempadan bagi pelancong antarabangsa sehingga tahun 2021.

Simpan harapan nak melancong, Thailand tidak akan buka pintu sempadan sehingga 2021

Namun begitu, terbaharu, dengar khabar Thailand kini telah bersiap sedia menerima kunjungan pelancong asing selepas sekian lama menghentikan operasi penerbangan akibat wabak Covid-19.

Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa Phuket bagi melihat sistem dan kemudahan baharu yang akan diguna pakai negara tersebut untuk menyambut 150 pelancong pertama dari Guangzhou pada 8 Oktober.

Sekurang-kurangnya tiga kumpulan pelancong asing akan tiba pada bulan Oktober iaitu dua dari China dan satu dari Scandinavia.

Namun begitu, pelawat akan dikuarantin selama 14 hari dan pergerakan adalah terhad, tidak seperti sebelum ini.

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa pembukaan semula sempadan kepada pelancong mungkin ditunda, tetapi Narong menjelaskan bahawa pihaknya sudah bersedia.

Walau bagaimanapun, rancangan ini masih memerlukan kelulusan akhir daripada kabinet.

Iklan

Nampak gayanya ada beberapa negara yang sudah membuka sempadan bagi menerima pelancong luar.

Namun SinarPlus juga percaya rakyat Malaysia masih lagi mahu pintu sempadan ditutup sehingga kes Covid-19 benar-benar pulih.

Apa-apa pun, teruskan mematuhi SOP kerana negara kita masih belum menang menentang wabak pandemik ini.

Iklan

Sekiranya baru pulang dari kawasan merah Covid-19, jalankan tanggungjawab korang untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Jangan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan mengakibatkan kemudaratan pada orang lain.

Sumber rujukan: Astro Awani