DRAMA Korea, The King: Eternal Monarch yang ditayangkan pertama kali pada 17 April lalu telah menyaksikan pemulaan yang hebat apabila ia mencatatkan rating tertinggi sejak ia ditayangkan.

Menurut Nielsen Korea, episod perdana mencatatkan rating 10.1 peratus dan 11.4 peratus sekali gus menetapkan rekod untuk tayangan perdana drama Jumaat dan Sabtu paling tinggi di SBS.

Kedudukan rating untuk drama Jumaat dan Sabtu di SBS merangkumi Fiery Priest (10.4 peratus), Vagabond (10.4 peratus) dan Hyena (10.3 peratus). Episod kedua drama itu pula mencatatkan rating 8.4 peratus dan 11.6 peratus.

Antara yang menjadi tarikan dalam drama tersebut adalah gaya segak Lee Min-Ho yang melakonkan watak Maharaja Lee Gon. Ini adalah drama pertama pelakon itu setelah pulang daripada tugasan ketenteraan.

Nampak gayanya, populariti Lee Min-Ho sahaja sudah mampu untuk menarik minat penonton di seluruh pelusuk dunia untuk terus menonton The King: Eternal Monarch di netflix.

The King: Eternal Monarch menceritakan kisah fantasi dua dimensi yang berbeza antara Republik Korea dan kerajaan Korea yang dihubungkan melalui pintu sempadan.

Iklan

Lee Min Ho memainkan peranan sebagai Lee Gon, seorang raja moden dengan kekuatan untuk melintasi pintu dimensi ke dunia yang berbeza.

Masyarakat Korea digambarkan mengagumi sikap Lee Min Ho kerana sosoknya yang tampan, tenang, dan moden. Kalau dah ‘helok’ mesti la semuanya akan difikirkan baik. Itu lumrah. Haha!

Iklan

Akan tetapi, keperibadian Lee Gonya dilihat sebaliknya dengan apa yang tergambar di mata orang ramai.

Ingin ketahu apa kesudahannya? Sama-sama kita nantikan.