TIDAK lama dulu, perihal tentang menaik taraf gelanggang rasmi Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pernah hangat diperkatakan.

Selain kos, difahamkan struktur stadium itu menjadi cabaran utama bagi tumbesaran rumput.

Dalam perkembangan terkini, pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim perkenan untuk menaja penambah baikan padang di SNBJ dengan menaja rumput jenis Zeon Zoysia.

Berita baik itu dikongsikan baginda menerusi ciapan di Twitter rasmi @OfficialJohor.

Baca juga: [VIDEO] Gelagat Abang Rider Cari Customer Pesan Makanan Dalam Stadium Dibanjiri Penonton Undang Simpati Ramai

Baca juga: Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

“Beta telah memutuskan untuk menaja kos padang baru sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia akan menjadi rumput jenis Zeon Zoysia seperti di Stadium Sultan Ibrahim FC Johor Darul Takzim.

“Beta telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia dalam memastikan stadium nasional mempunyai padang yang berkualiti sesuai untuk bola sepak antarabangsa,” titahnya.

Dalam pada itu, baginda turut meminta ia diselenggara dengan baik.

“Walau bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang diselenggara dengan baik. Sebarang aktiviti bukan sukan perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi agar ia tidak rosak,” titahnya lagi.

Iklan

Terdahulu, padang SNBJ menggunakan beberapa jenis rumput antaranya bermuda, cow grass dan paspalum.

Zeon Zoysia ialah rumput yang mewah tekstur, tahan lasak dan boleh mudah menyesuaikan diri dengan cuaca setempat. Difahamkan tiga buah stadium di rantau Asia Tenggara menggunakan rumput itu termasuk Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi gelanggang Harimau Selatan.

Dua lagi ialah Stadium Nasional Singapura dan Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta.

Iklan
Stadium Sultan Ibrahim terdahulu menggunakan rumput Zeon Zoysia.

5 info Stadium Nasional Bukit Jalil

-Dibina pada 1 Januari 1995 dengan menelan kos RM800 juta.
-Stadium itu direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek.
-SNBJ dibina khas sempena penganjuran Sukan Komenwel 1998 yang mana Malaysia menjadi tuan rumah.
-Ia antara stadium terbesar di dunia yang menyediakan tempat duduk berbumbung dan perlindungan cuaca untuk kapasiti 100,200 penonton.
-Pernah dinobatkan stadium terbaik di dunia pada tahun 2018 selepas ia diubah suai untuk penganjuran Sukan Asia Tenggara 2017.

Baca juga: 5 Pemain Hebat Bola Sepak Beragama Islam Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI