Tiada lagi isu layanan dua darjat, suntik 'vaksin angin'

Perancis henti gaji, tak benarkan frontliners belum suntik vaksin bertugas
Perancis henti gaji, tak benarkan frontliners belum suntik vaksin bertugas
A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram!

BARU-BARU ini tular di media sosial rakaman video individu yang mendakwa disuntik picagari kosong atau diibaratkan hanya diberi 'vaksin angin'.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah.

Bukan setakat itu sahaja sebelum ini juga timbul isu yang mana sesetengah orang awam mengatakan berlakunya layanan dua darjat di PPV.

Mereka mendakwa golongan selebriti diberi kelonggaran merakam video ketika mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, sedangkan 'rakyat marhaean' pula sebaliknya.

Sehubungan itu, bagi memudahkan semua pihak kini penerima dibenarkan merakam video ketika mendapatkan vaksinasi di PPV seluruh negara.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin pada sidang media baru-baru ini.

Justeru, dengan keputusan baharu itu penerima mempunyai bukti dan tidak timbul lagi isu suntikan vaksin picagari kosong atau layanan dua darjat.

Tambah Khairy, individu disarankan meminta petugas kesihatan bertugas menunjukkan picagari berisi cecair vaksin sebelum dan selepas suntikan dilakukan.

"Kebenaran itu diberikan supaya anda dan kami ada bukti jelas bahawa suntikan vaksin berlaku dengan sempurna.

"Kebenaran ini daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba,” katanya.

Mengapa vaksin Pfizer diguna di bandar manakala AstraZeneca untuk luar bandar, ini jawapan KJ

Beliau berkata, langkah terbabit antara prosedur operasi standard (SOP) tambahan baharu dilaksanakan.

Baca juga “Ramai doktor menangis kecewa, tak mampu selamatkan pesakit muda Covid-19”- doktor sifatkan varian baharu licik

Justeru, bagi korang yang akan PPV bolehlah merakam video sepanjang proses vaksinasi bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, pastikan kita tidak menganggu kerja para petugas di sana.

Pada masa sama sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dengan memakai pelitup muka berganda dan membawa hand sanitizer dan pen peribadi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca