Tiada lagi isu tinggal di Pulau Pinang, janji temu vaksin di KL, klik saja MySejahtera

covid-19
covid-19
A
A
A

SEMALAM penulis berbalas kiriman WhatsApp bersama seorang rakan yang bekerja di Pulau Pinang.

Bermacam-macam topik dibualkan sehingga menyentuh mengenai suntikan vaksin Covid-19.

Menurut beliau sesi janji temu vaksinasi telah diperoleh pada bulan Jun lalu, tetapi terpaksa ditolak atas faktor lokasi.

Masakan tidak, beliau kini bekerja dan menetap di Pulau Pinang, namun lokasi janji temu ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera bertempat di Kuala Lumpur.

"Sukar nak gerak ke KL, jadi terpaksa mohon semula dan sedang menanti tarikh janji temu baharu," jelasnya lanjut.

Justeru, bagi korang yang berdepan situasi sama seperti rakan penulis usah bimbang. Lokasi untuk vaksinasi boleh ditukar walaupun sudah dijadualkan.

Berikut cara-cara menukar lokasi janji temu vaksin di aplikasi MySejahtera:

*Tidak termasuk janji temu inisiatif vaksinasi sukarela AZ

1. Klik sahkan janji temu

Pun begitu, sekiranya telah berbuat demikian, maka pilih link 'klik di sini untuk membatalkan janji temu anda'.

2. Pilih alasan kedudukan

Bagi step ini pilih kemudahan kesihatan yang diperuntukkan terlalu jauh sebagai alasan pembatalan.

3. Letak butiran alamat

Seterusnya, isi dan hantar butiran baharu untuk negeri dan poskod tempat tinggal terkini.

4. Alamat dikemas kini

Kemudian alamat baharu akan diproses dan dikemas kini bagi menjadualkan kembali janji temu vaksin.

5. Tunggu 30 hari

Selepas selesai kemas kini, butiran janji temu baharu akan dihantar dalam tempoh 30 hari. Giliran tidak akan terjejas sekiranya membuat pembatalan.

Baca juga Beza kontak rapat dengan kontak kasual, bukan semua daripada mereka perlu lakukan swab test

Justeru, perlu diingatkan ketika hadir mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Digalakkan memakai pelitup muka berganda dan membawa hand sanitizer dan pen.

Moga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca