Tak ada surat polis atau alasan palsu, jangan masuk Kelantan, sila patah balik

Tiada surat polis sila patah balik, jangan buat alasan palsu menyusahkan banyak pihak
Tiada surat polis sila patah balik, jangan buat alasan palsu menyusahkan banyak pihak
A
A
A

INDIVIDU yang gagal mengemukakan surat kebenaran dari balai polis atau tidak mempunyai alasan munasabah untuk memasuki Kelantan akan diarah berpatah balik termasuk mereka yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, arahan tegas itu adalah bagi mengelak berlakunya penularan Covid-19 di negeri Kelantan.

"Dalam soal ini apa yang penting jangan pula ada pihak yang membuat alasan palsu untuk merentas negeri sehingga menyusahkan banyak pihak," katanya.

Berkuat kuasa mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksana di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan sehingga 6 Dis depan.

Mengenai sekatan jalan raya (SJR), Shafien berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia akan memberi tumpuan di empat lokasi di negeri itu iaitu dua di Pasir Puteh dan masing-masing satu di Jeli dan Gua Musang.

Katanya proses ‘penapisan’ akan dilakukan seperti pemeriksaan surat pengesahan dari balai polis selain ujian saringan dan "swab test".

"Bermula tengah malam tadi, difahamkan negeri-negeri terlibat turut melakukan SJR setiap 24 jam. Kita sebenarnya yakin rakyat sudah memahami pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.

“Bagi setiap SJR, polis ada memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu tujuh anggota dan pegawai polis yang ada di setiap SJR.

“Di SJR Pasir Puteh, pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan memberikan bantuan," katanya.

Bagi peniaga yang tidak mempunyai majikan yang bekerja sendiri juga perlu memohon surat kebenaran dengan polis untuk merentas negeri bagi mereka yang berada dalam PKPB supaya kejadian yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang.

Sebelum ini ada dakwaan yang mana seorang penjaja telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 ketika melalui SJR. Lelaki tersebut mendakwa dia dalam perjalanan dari tapak perniagaan dalam daerah yang sama.

Apa pun bagi mereka yang berkenaan untuk mengelakkan sebarang masalah buat sahaja la surat permohonan di balai berdekatan dan patuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan.

Mereka menjalankan tugas dan melaksanakan mengikut apa yang diarahkan. Jika korang melanggar arahan atau ingkar dan tidak memberi kerjasama korang juga boleh didakwa kerana menghalang petugas awam menjalankan tugas.

Jadi, tiada surat polis, sila patah balik!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca