BERITA kurang baik bagi peminat bola sepak. Terbaharu, tiga pemain Paris Saint-Germain (PSG) yang tidak dinamakan disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dilaporkan kelab tersebut semalam (Rabu) menerusi perkongsian di Twitter rasmi mereka.

Menurut kelab tersebut, tiga pemain disahkan positif selepas menjalani ujian saringan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dan salah seorang daripada mereka dipercayai adalah Neymar.

Neymar dan dua lagi rakan sepasukannya Angel Di Maria, 32, dan Leandro Paredes, 26, didakwa positif ujian Covid-19 selepas percutian akhir musim di Ibiza.

Selepas tewas di final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 23 Ogos lalu, ketiga-tiga pemain itu baru-baru ini menghabiskan masa bercuti di pulau Ibiza yang terletak di Sepanyol.

Iklan

Iklan

PSG dijangka akan mempertahankan gelaran Ligue 1 mereka di Lens pada 10 September.

Peraturan liga menetapkan sesi latihan pasukan mesti dibatalkan jika kelab mempunyai empat kes positif dan perlawanan mungkin terpaksa ditangguhkan.