PENGUMUMAN panggung wayang yang dibenarkan beroperasi bermula bermula 1 Julai lalu jelas menggembirakan bukan saja pihak panggung wayang tetapi juga ‘kaki wayang’.

Mana tidaknya, sudah lebih kurang tiga bulan sektor perniagaan panggung wayang tidak dibenarkan beroperasi setelah terpaksa ditutup gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penonton juga perlu akur apabila tempat duduk di dalam pawagam perlu dijarakkan selang satu kerusi kerana mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Tiket movie murah, TGV tawar harga serendah RM9 khas buat ‘kaki wayang’

Namun, disamping kita perlu membiasakan diri dengan norma baru yang ditetapkan oleh pihak pawagam, apa yang menariknya mereka kini dilihat turut menawarkan pelbagai promosi menarik untuk orang awam.

Seperti TGV Cinemas, terbaharu mereka telah mengadakan promosi pembelian tiket wayang murah dengan hanya dengan serendah RM 9 sahaja. Wow!

Akan tetapi harga tersebut bukan dijual dengan harga tersebut setiap hari, sebaliknya promosi itu adalah khas pada hari Selasa sahaja bermula pada 29 September 2020 hingga 27 Oktober 2020.

Ya! Ini bermakna korang boleh dapatkan tiket murah tersebut selama sebulan! Menarik bukan?

Iklan

Promosi yang dinamakan sebagai ‘Terrific Tuesdays’ itu boleh dinikmati oleh orang ramai di semua cawangan TGV untuk Classic, Deluxe dan Deluxe+ Halls.

Tiket movie murah, TGV tawar harga serendah RM9 khas buat ‘kaki wayang’

Tambahan pula kini terdapat bermacam-macam juga filem terbaik sedang ditayangkan di pawagam.

Iklan

Antaranya filem tempatan yang akan ditayangkan dalam masa terdekat seperti yang telah dijadualkan adalah seperti Miimaland lakonan Fattah Amin dan filem antarabangsa yang lain seperti Unhinged, Deliver Us From Evil dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi, jom la pakat tengok movie ramai-ramai!