TIKTOK, adalah satu aplikasi media sosial yang kini tengah trending, bukan sahaja di Malaysia malahan serata dunia.

Boleh dilihat, rata-rata penggunanya adalah dari golongan  generasi Z (Gen Z) memandangkan target market mereka adalah generasi muda namun turut digunakan oleh segelintir golongan dewasa.

Sedikit sebanyak trend tersebut membantu melahirkan lebih ramai lagi bintang Tiktok atau lebih popular dengan panggilan Tiktok Star.

Lebih ramai pengguna, lebih banyak permintaan betul tak? Lebih banyak permintaan maka lebih banyaklah ragamnya dan berita pelik yang dilaporkan berkaitan aplikasi tersebut sehingga ada yang menyalahgunakannya.

Seperti contoh, kerajaan India mengharamkan aplikasi TikTok dan berpuluh lagi aplikasi lain buatan China dengan alasan ia mendatangkan bahaya kepada negara tersebut.

Memetik laporan media tempatan, pengharaman dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah.

Terdapat juga dakwaan kononnya aplikasi seperti TikTok memudaratkan kedaulatan dan integriti India, keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.

“Pengumpulan, perlombongannya dan pemprofilan data itu mempunyai elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara India.

“Ia akhirnya boleh mengugat kedaulatan dan integriti India dan hal ini memerlukan langkah kecemasan segera,” kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan.

Iklan

Secara keseluruhanya, 59 aplikasi China diharamkan, termasuk aplikasi WeChat.

India merupakan pasaran asing terbesar TikTok dengan anggaran lebih 120 juta pengguna.

Iklan

Aplikasi yang semakin popular itu bagaimanapun berdepan tuduhan mengambil data pengguna yang dikongsi bersama kerajaan China.

Aplikasi TikTok yang dibangunkan syarikat ByteDance berpangkalan di Beijing bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Sebenarnya tak salah untuk berhibur cuma apa sahaja perkara yang dilakukan perlu atas batasnya. Betul tak? Jadi, apa pendapat korang?