PERKHIDMATAN rangkaian media sosial, TikTok meraikan pencipta konten menerusi kempen #ForYouMalaysia dari 14 hingga 28 September 2023 ini.

Ia bertujuan untuk mementaskan pencipta konten tempatan yang telah menjadi sumber inspirasi kepada pengguna di Malaysia.

Menggunakan kreativiti, komuniti ini mempamerkan bakat kreatif tempatan setaraf dengan peringkat global.

Kempen #ForYouMalaysia dilancarkan melalui video bersiri yang dimulakan oleh pemenang TikTok Awards Malaysia 2023 Creator of the Year, Khairul Aming.

Beliau telah berkongsi tentang perjalanan kerjayanya sebagai pencipta konten kulinari berlatarbelakangkan salah satu tempat kegemarannya di Lembah Klang untuk dikunjungi dan mendapatkan inspirasi.

Baca juga: Jatuh bangun Khairul Aming sebelum dinobat TikTok Creator Of The Year, graduan kejuruteraan miliki 2 kilang sambal

Kredit foto: Instagram Khairul Aming, TV3

Dalam video bersiri ini juga, Ikhmal Nour, pemenang Rising Star of the Year berkongsi inspirasinya dalam mencipta konten komedi di akaun TikToknya, dan pada masa yang sama, pemenang Best of Entertaindment, Eiqa Malek turut berkongsi konten tentang kehidupan sehariannya sebagai pengulas filem dan drama di TikTok.

“Keunikan pencipta konten digital Malaysia terletak kepada dedikasi mereka untuk mematuhi piawaian antarabangsa dalam kualiti dan profesionalisme, sambil tetap memegang identiti asli mereka.

Baca juga: Sukar dapat kerja sebab berhijab, bekas guru, TikTokers ini akhirnya buka restoran halal di Korea!

“Sama ada melalui vlog pengembaraan yang menarik atau penceritaan mendalam mengenai gaya hidup tersendiri dan makanan tempatan, mereka sentiasa meneroka pendekatan baru dan kreatif untuk menyampaikan penceritaan.

“Kempen #ForYouMalaysia TikTok ini merupakan sambutan yang sesuai untuk menghargai komuniti pencipta konten tempatan yang berdedikasi dalam mencipta konten khas buat rakyat Malaysia,” kata Ketua Pemasaran dan Operasi, TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi.

Iklan

Inisiatif #ForYouMalaysia juga merupakan usaha TikTok untuk meraikan Hari Malaysia yang membawa pelayar TikTok untuk menerokai keindahan negara melalui cabaran hashtag kempen ini.

Pengguna digalakkan untuk menyelesaikan tugasan di laman web khusus kempen untuk mendapatkan mata ganjaran.

50 pereka dengan mata ganjaran tertinggi berpeluang memenangi produk rasmi TikTok. Paling best tiga yang teratas boleh memenangi penginapan dua hari satu malam di Dash Box Hotel Cyberjaya.

Iklan

Baca juga: Anugerah TikTok Malaysia 2023 hargai pencipta kandungan tanah air. Nama Khairul Aming, Softyank, Auntie Purple, Sally Whoo jadi tumpuan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!