Tindakan bijak, minuman keras tidak boleh dijual di kedai runcit bermula Oktober 2021!

A
A
A

TINDAKAN bijak! Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras yang telah mula berkuat kuasa 15 November lalu.

Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Ya! Mulai 1 Oktober 2021, tiada lagi lesen baru LMK (minuman keras yang memabukkan) menyebabkan kedai serbaneka dan kedai runcit di Kuala Lumpur tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras.

Dalam posting yang dimuat naik DBKL di Facebook baru-baru ini, DBKL menyatakan keputusan itu dibuat setelah berunding dibuat dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja, Polis, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, pihak berkepentingan dan NGO.

Ia bertujuan untuk mengawal akses dan penggunaan produk minuman keras sambil memastikan jaminan kesihatan serta keselamatan rakyat negara dapat ditingkatkan.

Garis panduan ini juga menetapkan had waktu minuman beralkohol boleh dijual mengikut jenis premis, dengan pemohon atau pemegang lesen hanya termaktub bagi individu bukan beragama islam sahaja.

Tindakan bijak, minimun keras tidak boleh dijual di kedai runcit bermula Oktober 2021!

Pemilik premis juga perlu menunjukkan lesen mereka bersama dengan kod QR di pintu masuk mereka yang mana lesen biru bermaksud penggunaan alkohol dibenarkan di premis dan lesen kuning untuk pembelian untuk bawa balik rumah sahaja.

Dalam pada itu, perniagaan yang menjual minuman beralkohol tidak dibenarkan menghadap balai polis, tempat ibadah, sekolah dan juga hospital.

Selain kedai runcit dan sebaneka, premis jualan ubat tradisional Cina juga turut dilarang menjual barangan sedemikian. Namun diberi pengecualian pada produk minuman keras bagi tujuan perubatan.

Sementara itu, premis lain masih dibenarkan memasarkan produk tersebut tetapi perlu memastikan pelanggan yang membeli haruslah berusia lingkungan 21 tahun ke atas.

Bagi mereka yang membuat permohonan baru untuk LMK, mereka diminta untuk mengiklankan notis di akhbar tempatan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa Tamil setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Di samping itu, mereka mesti menunjukkan notis berukuran A0 yang menyatakan niat mereka untuk mendapatkan LMK di hadapan premis mereka selama tujuh hari berturut-turut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca