SEJAK akhir-akhir ini, isu pemandu mabuk semakin menggila. Sepanjang bulan Mei sahaja, rakyat Malaysia menyaksikan sekurang-kurang tiga kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk yang mana dua daripadanya berakhir dengan tragedi kematian orang awam, manakala satu kes menyebabkan kecederaan.

Penulis sendiri juga bingung dan mengapa perkara sebegini kerap berlaku? Seolah-olah rasa keinsafan dalam diri tidak wujud walaupun banyak kes yang telah dilaporkan sehingga menyebabkan kemalangan jiwa dari sehari ke sehari.

Tidak keterlaluan rasanya penulis sifatkan ada segelindir individu seolah-olah mencabar pihak berkuasa seperti  menjadikan “memandu mabuk” sebagai hobi untuk mengisi masa lapang.

Salah satu teori yang SinarPlus boleh rangkumkan, hukuman pemandu mabuk di Malaysia masih lagi tak cukup berat. Atas sebab itulah ramai individu tidak bertanggungjawab ni tak takut memandu kereta dalam keadaan mabuk. Betul tak?

Jadi, apa agaknya hukuman yang setimpal untuk si pelaku? Adakah undang-undang di negara lain juga mengenakan hukuman yang sama?

Jom SinarPlus kongsikan jenis-jenis hukuman yang dikenakan keatas pemandu mabuk di luar negara.

  1. Asia

Seperti diketahui umum, rantau Asia mempunyai undang-undang yang paling ketat melibatkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tambahan pula negara-negara seperti Pakistan, minum alkohol sahaja sudh dikira sebagai jenayah besar apa lagi memandu kenderaan selepas meminum minuman keras.

Negara-negara Islam, mereka yang didapati memeinum minuman keras akan dipenjarakan.

Kebanyakan negara Asia juga mempunyai had bacaan kandungan alkohol darah (BAC) seperti 0.5 peratus atau kurang untuk memandu.

Hanya beberapa negara yang membenarkan bacaan BAC maksima sehingga 0.8 peratus. Ini bermakna seseorang itu boleh meminum tidak lebih daripada satu minuman beralkohol sebelum memandu di kebanyakan negara di Asia.

Hukuman pula adalah berbeza mengikut negara seperti denda, penggantungan lesen dan juga penjara.

  1. Taiwan

Taiwan merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius.

Bagaimanapun, inisiatif itu mendapat tentangan hebat daripada kumpulan hak asasi.

Kabinet negara itu akhirnya meluluskan satu draf pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang akan menjadikan kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk sebagai kesalahan bunuh.

Pihak berkuasa berkata, jika pesalah berniat menyebabkan kematian, dia boleh dihukum mati.

Cadangan itu memerlukan kelulusan parlimen, namun ia berlaku susulan banyak kes kematian berprofil tinggi yang mencetuskan kemarahan meluas.

Ketika ini, hukuman maksimum menyebabkan kematian, ketika memandu dalam keadaan mabuk di Taiwan hanya 10 tahun.

Iklan

Cadangan baharu itu akan meningkatkan hukuman penjara untuk pesalah berulang yang melakukan kesalahan baharu dalam tempoh lima tahun daripada sabitan kesalahan pertama.

Mereka mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup, jika menyebabkan kematian dan penjara 12 tahun untuk cedera serius.

  1. Singapura

Di Singapura, hukuman minimum bagi pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain atau merosakkan harta benda dan disabit kesalahan ialah hukuman penjara.

Tahap kesalahan itu bergantung kepada berapa teruk kerosakan yang dilakukan adalah seperti berikut :

  • Empat hingga enam bulan penjara bagi kes yang membahayakan nyawa dan kesalahan yang berat.
  • Dua hingga empat bulan penjara bagi kes yang membahayakan nyawa dan kesalahan yang berat atau membahayakan nyawa dan kesalahan sederhana.
  • Penjara sehingga dua bulan bagi kes tahap bahaya sederhana dan kesalahan yang berat, membahayakan nyawa dan kesalahan sederhana, membahayakan nyawa dan kesalahan ringan atau sedikit bahaya dan kesalahan yang berat.
  • Penjara sehingga sebulan bagi kes yang melibatkan gabungan lain tahap bahaya dan kesalahan yang dikenal pasti dalam penghakiman mahkamah.
  1. Australia

Pesalah di Australia dikenakan hukuman penggantungan lesen serta merta selama enam bulan dan pembatalan lesen selama-lamanya untuk pesalah berulang.

Iklan

Malah, nama-nama pemandu mabuk yang disabitkan kesalahan dihantarkan ke akhbar tempatan yang mana akan muncul dengan tajuk “Dia mabuk dan dipenjarakan”.

Taktik penguatkuasaan dengan memalukan pesalah di hadapan orang ramai mungkin berkesan bagi negara itu. Di Malaysia anda rasa berkesan tak?

  1. Afrika

Afrika Selatan juga mempunyai rang undang-undang DUI yang ketat untuk pesalah yang melakukan kesalahan jalan raya mahupun jenayah.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh duilawyerlosangeles.com, lebih 45 peratus daripada semua kematian yang tidak wajar adalah akibat memandu dalam keadaan mabuk.

Walaupun pesalah menghadapi hukuman yang serupa dengan Amerika Syarikat seperti penggantungan lesen dan denda, rakyat Afrika juga berisiko dipenjarakan sehingga 10 tahun dan denda dehingga RM40,000 jika sabit kesalahan.

Sumber: duilawyerlosangeles.com