Tip mudah hilangkan kesan kuning & bau blender, hanya guna bahan ada di dapur untuk cuci

PENGISAR hanya ada satu, kalau dah selalu guna untuk kisar cili dan bawang, bau memang melekat lah.

Belum lagi kisar dengan kunyit, kadang itu walaupun dah direndam semalaman dan disental berjam-jam lamanya, masih ada bau.

Jadi, memang tak seronok kalau nak kisar jus atau adunan nak buat kuih. Risau nanti rasa dan bau bawang dan kunyit turut melekat pulak.

Ikuti perkongsian tip dari Noor Lela Abdul Samad yang anda boleh cuba bagi hilangkan kesan kuning dan bau.

Hanya dengan guna bahan-bahan yang telah ada di dapur anda untuk bersih tip top!

Cuba juga Tip sotong kekal pejal & tak berair, sebelum masak kena ramas dengan garam sampai berbuih

Kredit foto: Freepik

 

1. Petua limau nipis dan beras

Bahannya:

  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan beras
  • Air secukupnya

Caranya, potongkan limau nipis kecil-kecil. Kemudian, masukkan beras dan air ke dalam blender. Masukkan pula limau yang dipotong tadi dan kisar.

Kisar dalam 15 – 20 saat dan tuang bahan kisar ke dalam bekas lain. Cuci bersih blender.

** Bahan kisar usah dibuang – kita boleh gunakan untuk bersihkan bahagian luar dan dalam blender untuk hilangkan kesan kuning degil dan juga bau

2. Petua guna garam

Caranya: Basuh blender menggunakan segenggam garam kasar, kalau tak ada, boleh guna garam halus dan juga sebiji limau nipis, perah airnya saja. Kalau rendam sekejap lagi bagus. Kemudian cuci dan basuh seperti biasa.

Cuba juga Petua simpan tauhu basah tahan berbulan-bulan, buat langkah ini sebelum masuk peti sejuk

Kredit foto: Freepik

3. Petua guna kelapa parut

Caranya: Ambil sikit kelapa parut, air dan masukkan ke dalam blender. Blend beberapa saat. Hasilnya, kesan kuning dan rasa pedas tu semua hilang, Insya-ALLAH.

Iklan

4. Petua guna soda bikarbonat

Caranya: Campurkan dua sudu bikarbonat, dua sudu garam kasar, sedikit cecair pencuci dan dua cawan air paip ke dalam blender.

Kemudian blend. Pastikan semua dinding jug blender terkena dengan air bancuhan tadi. Lepas itu, cuci dan basuh seperti biasa.

5. Petua Lemon dan soda bikarbonat

Caranya: Campurkan dua sudu soda bikarbonat dan jus lemon. Kemudian guna campuran tadi untuk cuci dan gosok blender. Bila dah puas hati, basuh dan cuci dengan air seperti biasa.

Selepas ini dah tak perlu risau kalau ada satu saja blender di rumah. Cuci bersih blender guna petua-petua ni.

Iklan

Kemudian, bolehlah guna untuk blend buah atau adunan kek.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Noor Lela Abdul Samad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!