TAUHU, kepingan pati kacang soya yang mengandungi protein dan semua lapan asid amino penting.

Ia banyak digunakan sebagai rencah masakan seperti tauhu bergedel, mi kari, mihun goreng dan sebagainya.

Selepas beli tauhu di kedai, elakkan ia mudah rosak dan masam ketika disimpan di dalam peti sejuk. Anda boleh menggunakan petua yang dikongsi pengguna Facebook Azura Aris.

Baca juga: Resipi inti serba guna hasilkan 3 kuih berbeza, popia, tauhu bergedel & wantan, sedap macam kat gerai

Dengan petua yang dikongsi, tauhu boleh bertahan sehingga lebih dua minggu lebih.

Baca juga: Sedapnya hirup panas-panas! Resipi sup dumpling, mi wantan kicap sebiji macam restoran Cina Muslim

PETUA SIMPAN TAUHU TAHAN LAMA DALAM PETI SEJUK

Berikut langkah mudah yang dilakukan Azura:

1. Cuci tauhu.

2. Masukkan tauhu dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga ia terapung atau timbul buih kecil.

3. Angkat, tos dan biarkan sejuk.

4. Apabila sudah sejuk, simpan di bahagian chiller peti sejuk.

5. Tauhu yang disimpan dengan cara ini mampu bertahan selama lebih dua minggu tanpa rosak atau masam.

Dengan petua simpan tauhu ini, barulah ia tidak mudah rosak dan membazir kan?

Selain kaya dengan protein, berikut adalah antara kandungan khasiat tauhu:

Kredit foto: Freepik

1-Tauhu mengandungi zat besi, protein, dan kalsium.

2-Jumlah protein yang ada dalam tauhu ialah lebih kurang 9 gram.

Iklan

3-Tauhu keras terkandung lebih banyak asid lemak, kalsium, dan protein.

4-Tauhu mempunyai khasiat kacang soya yamg memberikan perlindungan yang sama terhadap kanser dan penyakit jantung. Protein soya dipercayai membantu mengurangkan paras kolesterol tepu (LDL) yang tidak baik untuk badan.

5- Ia berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara.

6-Khasiat lain tauhu ialah isoflavon menguatkan ketumpatan tulang.

7-Ia membantu menurunkan berat badan dengan membantu individu kenyang dalam masa lama.

8-Ia juga membantu menyuburkan kulit.

Iklan

Sumber: Facebook Azura Aris, Hello Doktor, Neurovarsiti

Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender

Baca juga: Tip fresh flowers tahan lama sampai 2 minggu, hanya letak bahan ini dalam air

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!