Tip mudah pakaian cepat kering semasa musim hujan, bau pun tak hapak

MENJEMUR pakaian semasa musim hujan memerlukan masa yang lama untuk kering.

Apabila sudah kering, kadang-kadang pakaian itu berbau hapak pula.

Bagi mereka yang mempunyai mesin pengering di rumah, ia mungkin bukan satu masalah bagi anda.

Namun bagi mereka yang tidak ada, anda boleh cuba cara-cara ini;

1. Gunakan pewangi atau pelembut pakaian ketika cuci pakaian

Dengan menggunakan pewangi atau pelembut pakaian, ia dapat pastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab.

Anda boleh tuangkan lebih sedikit bahan-bahan itu daripada biasa supaya bau wangi itu melekat.

2. Kibas pakaian supaya tidak ronyok dan berlipat

Selepas dikeluarkan daripada mesin basuh, pastikan anda kibas pakaian sehelai demi sehelai.

Ini demi memastikan tiada bahagian yang terlipat kerana ia mungkin akan melambatkan proses pengeringan.

3. Guna penyangkut baju

Satu lagi cara untuk mempercepatkan proses mengeringkan pakaian, anda boleh gunakan penyangkut baju.

Pastikan anda jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.

Baca juga Menggunung, penuh 3 bakul baju alahai malasnya lipat, 5 cara santai ini mungkin membantu

4. Asingkan pakaian tebal dan nipis

Pakaian yang lebih tebal sudah tentu akan mengambil masa lebih lama untuk kering.

Iklan

Justeru seeloknya anda asingkan pakaian itu supaya ia mudah untuk diuruskan.

5. Jangan jemur pakaian secara bertindan

Elak daripada menjemur pakaian secara rapat atau bertindan kerana ini akan menghalang aliran udara lalu melambatkan proses pengeringan.

6. Atur pakaian mengikut saiz – yang besar di atas, kecil di bawah

Apabila menggantung jemuran, susun pakaian bersaiz kecil di bahagian bawah dan pakaian lebar di atas supaya setiap pakaian terkena aliran udara.

7. Manfaatkan kipas angin

Iklan

Jika tiada pilihan menjemur pakaian di kawasan terbuka, anda boleh gunakan kipas angin supaya pakaian cepat kering.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Brightside.me

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!