Tip mudah untuk Orkid subur dan berbunga lebat hanya guna kepala ikan bilis

A
A
A

POKOK orkid mempunyai tarikannya yang tersendiri. Bentuknya yang unik dan warnanya yang cantik membuatkan mata tidak jemu memandang.

Sekali berbunga pasti mencantikkan laman rumah kita. Tidak hairan peminat bunga akan meletakkan sepasu dua pokok orkid ini untuk menaikkan seri kediaman.

Ditambah pula penjagaannya yang mudah menyebabkan ramai peminat bunga ini memilih orkid sebagai tanaman di laman rumah.

Namun, untuk pastikan pokok bunga lebih subur dan berbunga lebat, ada tip mudah yang boleh diguna pakai seperti apa yang dikongsikan wanita yang dikenali sebagai Ramlah Manaf ini.

Nak tau apa tip yang dilakukan wanita tersebut hingga pokok orkidnya berbunga tanpa henti saban tahun. Ini tipnya:

Guna tahi kambing sebagai baja

Tip murah dan jimat ini hanya menggunakan sisa haiwan sahaja iaitu tahi kambing. Tahi kambing memang terkenal dengan khasiatnya untuk tanaman pokok dan bunga.

Tip mudah untuk Orkid subur dan berbunga lebat hanya guna kepala ikan bilis Letakkan sesenduk tahi kambing di dalam pasu orkid anda

Hanya guna sesenduk tahi kambing dan letakkan ke dalam pasu orkid anda. Tunggu beberapa hari, pasti orkid akan mengeluarkan tangkai baru untuk berbunga.

Jangan lupa siram orkid setiap hari ya. Orkid juga perlukan air kerana bimbang cuaca panas akan menyebabkan orkid kering dan tidak subur.

Kepala ikan bilis boleh dijadikan baja orkid juga

Suri rumah itu turut kongsikan tip lain untuk suburkan orkid. Buat penduduk bandar, mungkin agak susah untuk mencari tahi kambing untuk dijadikan baja.

Namun, beliau kongsikan tip mudah dan jimat dengan menggunakan sisa ikan bilis. Katanya, sisa ikan bilis seperti kepala dan tahinya jangan dibuang kerana boleh dijadikan baja.

Tip mudah untuk Orkid subur dan berbunga lebat hanya guna kepala ikan bilis Sisa ikan bilis juga boleh dijadikan baja orkid

Tabur saja sisa ikan bilis ke dalam pasu orkid. Lihat beberapa hari, pasti pokok orkid akan subur dan lebat bunganya.

Puan Ramlah juga berkata, untuk hasil yang lebih umpphh.. campurkan tahi kambing dan sisa ikan bilis ke dalam pasu orkid. Pokok orkid akan menjadi subur, gemuk dan akan keluar bunga dengan lebat.

Gabungan tahi kambing dan sisa ikan bilis akan menjadikan pokok orkid lebih subur dan berbunga lebat

Bukan satu atau dua tangkai tetapi lima ke tujuh tangkai yang akan keluar. Haa meriahkan! Pasti laman rumah kita berseri-seri dipenuhi bunga orkid yang menawan.

orkid

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

PENULIS - Hamizah Basir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca