MEMANG seronok ada kucing bermain di dalam rumah. Boleh melihat keletah dan bermanja dengan kucing kesayangan setiap hari. Tetapi masalah utama bila ada kucing ni, rumah anda akan berbau dan bulu melekat di karpet dan sofa.

Namun ia tidak menjadi masalah, anda boleh atasi dengan enam perkara ini.

1. Alas kaki

Sediakan alas kaki di pintu rumah kerana kucing boleh membersihkan tapak kaki sebelum masuk ke rumah. Walaupun tidak semua kotoran tertanggal, sekurang-kurangnya tidaklah kucing anda masuk rumah dengan kaki yang terlalu kotor. Anda masih perlu membersihkan kotoran yang selebihnya menggunakan tisu basah.

2. Gunakan vakum automatik

Bila ada kucing di rumah, anda perlu kerap membersihkan lantai. Perkara paling mudah adalah menggunakan vakum automatik untuk menjimatkan masa dan pasti rumah anda sentiasa bersih. Pasang vakum automatik semasa anda pergi kerja atau ketika tidur. Balik rumah nanti anda terus boleh berehat.

3. Kain alas

Elak permukaan kerusi atau sofa dipenuhi dengan bulu kucing, alas sofa dan karpet anda dengan kain. Selain itu, tidaklah kotoran kucing melekat pada perabot rumah. Anda juga boleh mengganti kain alas dengan kerap untuk memastikan kebersihan rumah dan keselesaan kucing anda.

4. Lint roller

Lint roller antara barang wajib ada bagi setiap pemilik kucing. Ia perkakas sempurna untuk membersihkan karpet dan sofa daripada bulu kucing yang melekat.

Iklan

5. Kemaskan kuku

Elak permukaan fabrik pada perabot daripada mudah koyak akibat menjadi tempat mencakar, pastikan kuku kucing anda sentiasa dalam keadaan pendek. Jadikan ia sebagai rutin mingguan dan sediakan tempat mencakar khas.

6. Sediakan bekas makanan khas

Iklan

Kebiasaanya, tempat yang paling kotor dan mudah bersepah yang dilakukan oleh kucing anda adalah tempat makan. Oleh itu, sediakan bekas khas seperti dulang untuk memudahkan anda mencuci dan membersihkan ruang tersebut selesai kucing anda makan.

Semoga tip ini dapat membantu anda semua!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH