Tip serikan kediaman warna Deepavali, pemilihan tona warna yang tepat mampu menghasilkan ruang kediaman yang sangat wow
DEEPAVALI yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, disambut setiap tahun untuk meraikan kemenangan cahaya dalam melawan kegelapan.
Kisah Deepavali ini bermula pada abad ketujuh dengan kepercayaan bahawa Rama-chandra adalah penjelmaan ketujuh dewa Vishnu.
Sambutan dan kepentingan Deepavali dimeriahkan lagi apabila Rama kembali kepada bangsanya selepas 14 tahun hidup dalam buangan.
Dalam tempoh buangan itu, Rama berjuang mengharungi penderitaan dan pertempuran melawan syaitan dan raja syaitan, Ravana.
Apabila Rama bersatu semula dengan bangsanya, mereka menyalakan pelita di rumah untuk meraikan kemenangan Rama melawan kejahatan dan kebebasan daripada kegelapan.
Dewa lain yang turut diraikan ialah Lakshmi, iaitu dewi kemakmuran, kebahagiaan dan tuah. Ia dipercayai bahawa Dewi Lakshmi berlegar-legar di bumi dan memasuki rumah yang suci, bersih dan terang.
Untuk mengundang cahaya dan kemakmuran ke dalam kehidupan, mereka yang menyambut Deepavali menyediakan Kolam, iaitu doa visual dan hiasan estetika dalam bentuk geometri yang menarik.
Sesuai dengan namanya, Pesta Cahaya ini diraikan secara harmoni oleh masyarakat Malaysia biasanya dengan perjumpaan dan hidangan juadah yang enak.
Bagaimanapun, dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini dilaksankan hampir setiap negeri di Malaysia, sambutan Deepavali tahun ini mungkin sedikit berbeza.
Ini adalah kerana kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding sebelum ini.
Disebabkan kita terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu, apa kata sambutan tahun ini diraikan dengan memeriahkan kediamanan kita dengan warna baharu yang diinspirasikan oleh Deepavali, hiasan Kolam dan sari yang berwarna-warni.
Kita melihat kepada tiga warna asas untuk ketiga-tiga perkara ini hijau, merah dan kuning.
Seperti AkzoNobel, syarikat cat dekoratif terkemuka dan pengeluar cat Dulux, mempunyai lebih 2,000 barisan warna untuk kemasan pelbagai jenis permukaan bagi memenuhi semua keperluan dekorasi anda.
SinarPlus juga ingin kongsikan beberapa idea bagaimana Dulux boleh membawakan kemeriahan Deepavali ke rumah korang sepanjang tahun ini.
Raikan di rumah dengan warna inspirasi Deepavali Dulux Ambiance Pearl Glo TM Marvelous Coral (07YR 21/415) dan Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106)
Merah secara semula jadinya adalah warna asas yang sering dikaitkan dengan api, keghairahan dan juga dapat dilihat sebagai warna bertuah ketika Deepavali.
Warna merah juga merupakan pilihan sesuai untuk digunakan di bilik tidur, terutama jika ia adalah Marvelous Coral - merah bata lembut dengan sedikit sentuhan merah jambu yang dapat menangkap kecerahan cahaya lampu dan dekorasi Deepavali.
Apabila merah ini dipadankan dengan warna semula jadi bumi, ia akan memberikan bilik tidur korang mendapat gandingan tenaga yang harmoni.
Bagi melengkapkan warna itu, korang boleh menggandingkannya dengan Warna Tahun 2021 AkzoNobel iaitu Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106), yang mana ia hadir dengan nada warna bumi yang lembut, yang meraikan perubahan.
Sementara itu, hijau pula adalah warna yang menghidupkan suasana semula jadiyang hadir dalam pelbagai tona. Ianya cukup popular dan digunakan dalam kebanyakan hiasan Kolam dan Sari.
Nada hijau sesuai digunakan untuk ruang yang banyak menerima pantulan cahaya semula jadi dan kehadiran pokok-pokok segar di dalam ruang berkenaan akan menjadikan suasana lebih menenangkan.
Zodiac Night adalah hijau gelap yang menyerlah dan bersemangat yang boleh mewujudkan suasana damai dan santai. Nada hijau yang lebih cerah seperti Windsurfer (10GY 74/325) adalah warna kontras yang sangat sepadan dengan hijau gelap Zodiac Night.
Bagi menyempurnakan semuanya, korang boleh memberi nafas segar ke pejabat di rumah atau ruang tamu dengan kehadiran pokok lidah mertua.
Pokok lidah mertua ini juga terkenal sebagai pembersih udara semula jadi yang menyerap toksin dan mengeluarkan oksigen, walaupun pada waktu malam.
Bagi penganut agama Hindu, pakaian kuning dipakai oleh dewa-dewa seperti Dewa Vishnu dan Dewa Krishna, menjadikan warna itu sebagai simbol pengetahuan, kebahagiaan dan kedamaian.
Dari segi rekaan dan nilai estetikanya, ia juga adalah warna yang membahagiakan dan mempunyaikan
keupayaan untuk mencerahkan ruangan yang gelap secara strategik.
Korang boleh mengekalkan semangat Deepavali sepanjang tahun di rumah anda dengan gabungan warna Monarch Gold merentasi warna Brave Ground.
Sentuhan tona kuning merentas warna coklat adalah gandingan kontras yang cukup sepadan untuk menyerlahkan lagi gaya rekaan ringkas dan elegan pada bilik tidur atau ruang tamu korang.
Melakukan perubahan kecil pada persekitaran boleh memberi kesan yang besar terhadap kesejahteraan kita.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang