Tip smart kasual ke pejabat

Tip smart kasual ke pejabat
Tip smart kasual ke pejabat
A
A
A

DUNIA fesyen di Malaysia dilihat tidak lagi didominasi oleh golongan wanita sahaja, sebaliknya golongan lelaki juga kini turut mengikuti perkembangan trend fesyen semasa.

Mencari padanan sesuai untuk ke pejabat memerlukan penelitian. Sudah menjadi resam dalam dunia korporat bahawa setiap pekerja harus mematuhi ‘dress code’ yang sesuai agar sentiasa kelihatan kemas dan menarik.

Tampak kemas dan teratur bukan terletak pada jenama pakaian tersebut. Ia bergantung kepada ‘mix and match’ yang anda padankan agar kelihatan menarik selama lapan jam tempoh bekerja.

Namun begitu, jika anda mudah bosan dengan pakaian pejabat yang kelihatan formal, anda boleh mencuba beberapa ciri padanan yang menampakkan anda kekal formal walaupun berpakaian ala kasual.

Seperti contoh, anda boleh mengenakan pakaian seperti baju berkolar dan seluar jeans sambil mengenakan blazer di bahagian luar.

Ia akan menampakkan ‘formality’ dan bergaya pada masa yang sama. Kerana itu, smart kasual diperkenalkan.

Menjadi metroseksual bukan bererti anda seorang pengamal LGBT namun ia menampakkan anda lebih bergaya dan tidak selekeh ketika menghadiri mesyuarat bersama majikan.

Ini antara tip yang boleh anda ikut untuk menampakkan anda seorang lelaki yang kemas untuk ke pejabat.

Tip smart kasual ke pejabat

Kemeja kasual dan Khakis pants

Salah satu fesyen baju kasual yang paling sesuai digayakan ke pejabat oleh seorang lelaki ialah padanan kemeja kasual dan khakis pants.

Ia menjadikan si pemakai tampak lebih kemas dan pada yang sama masih kelihatan santai.

Chino Pants dan T-shirt (Outerwear: Jacket/Blazer)

Fesyen kasual yang kedua adalah dengan pemakaian chino pants bersama t-shirt serta penggayaan jaket atau blazer sebagai outerwear.

Penggayaan outerwear di sini amat penting untuk memberikan keseimbangan kepada pemakaian t-shirt agar tidak kelihatan terlalu kasual.

Kemeja, jaket dan jeans

Bagi sesetengah pejabat yang membolehkan pekerja berpakaian smart kasual ketika bekerja, pemakaian jeans adalah dibolehkan.

Namun, ia bukanlah bermaksud anda boleh kelihatan terlalu kasual seperti memakai jeans dan t-shirt ke pejabat. Sebaliknya, anda boleh memakai koleksi jeans dan menggayakannya dengan pemakaian kemeja dan jaket denim.

Jaket denim juga boleh diklasifikasikan sebagai pelengkap gaya kasual yang wajib dimiliki setiap orang memandangkan ia tidak ditelan dek zaman.

Namun begitu, anda juga kena peka dan bijak memilih rekaan kemeja yang bersesuaian. Elakkan daripada memakai kemeja yang bermotif terlalu menonjol atau berwarna terang.

Pilih warna kemeja yang lebih ‘common’ seperti putih atau hitam untuk dipadankan dengan jeans dan jaket denim.

Jeans dan Long Sleeve Plain T-Shirt

Mungkin juga anda jenis yang terlalu 'simple' atau bersahaja dalam berfesyen. Untuk itu, anda juga boleh cuba gaya yang paling ringkas ini tetapi juga sesuai untuk digayakan ke pejabat.

Kombinasi jeans dan t-shirt kosong lengan panjang. Yang ni memang ringkas. Tak perlu ‘tie in’ baju juga nampak kemas. Paling penting ia menjimatkan masa anda untuk bersiap. Cuma sarung sahaja a dan terus ke pejabat.

Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca