TMJ muncul individu pertama miliki PS5

TMJ muncul individu pertama miliki PS5
TMJ muncul individu pertama miliki PS5
A
A
A

BARU-BARU ini Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan harga konsol PlayStation 5 (PS5) secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Syarikat itu turut membuka tempahan buat para peminat untuk menjadi yang terawal di Malaysia memiliki konsol idaman ramai ini bermula 12 November lalu.

Tempahan yang dibuat dijangka diterima pengguna pada 11 Disember 2020 ini.

Namun, di sebalik penantian peminat dan gamer PS5 itu, rupa-rupanya ia telah berjaya dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim (TMJ) .

Lebih mengagumkan lagi, difahamkan beliau menjadi individu terawal di Malaysia yang memilikinya.

Kegembiraan beliau turut dikongsi di laman Instagram Stories miliknya membuatkan warganet makin teruja.

Untuk pengetahuan, konsol ini masih belum mulai ditawarkan secara rasmi di pasaran Malaysia mahupun luar negara.

Sebelum ini, dapat dilihat beberapa selebriti serta tech reviewer negara luar yang mencubanya namun siapa sangka, TMJ berjaya memilikinya hampir tiga minggu lebih awal daripada pelancaran rasmi di Malaysia.

Terdahulu, Sony sebelum ini turut mengumumkan senarai judul permainan yang bakal dibawa masuk.

Difahamkan sehingga kini sudah terdapat 26 permainan akan menggunakan konsul berkenaan sekali gus menyokong spesifikasi terkini PS5.

Permainan-permainan PS5 juga sudah boleh dipra-tempah adalah seperti Demon’s Souls, Marvel’s Spider-Man Miles Morales dan juga Sackboy A Big Adventure.

Artikel berkaitan: Pra Tempahan PS5 bermula 12.11, tak perlu lagi guna filter, dah boleh beli

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca