SEJAK pandemik Covid-19 melanda dunia, pawagam-pawagam juga telah ditutup untuk memutuskan rantaian wabak ini.

Akibatnya banyak filem-filem yang tidak dapat ditayangkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak dinyatakan.

Hal ini kerana penerbit mengambil langkah berhati-hati agar tidak menanggung risiko kerugian.

Pun begitu, berita yang baik kerana menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE), beberapa pawagam akan mula beroperasi mulai esok (16 Disember 2020).

wayang
BIARPUN pintu pawagam sudah dibuka pastikan anda sentiasa mematuhi dan menitikberatkan SOP yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan lokasi tersebut:

GSC
– GSC Aman Central
– GSC Gurney Plaza
– GSC Sunway Carnival
– GSC Dataran Pahlawan
– GSC AEON Bandaraya Melaka
– GSC Alamanda Putrajaya
– GSC East Coast Mall
– GSC Mentakab Star Mall
– GSC CityONE Megamall, Kuching

TGV
– TGV Gurney Paragon
– TGV 1st Avenue
– TGV Bukit Mertajam
– TGV AEON Taiping
– TGV AEON Seri Manjung
– TGV Mesra Mall
– TGV Permaisuri Imperial Mall Miri

MBO
– MBO Central Square SP
– MBO Taiping Sentral Mall
– MBO Melaka Mall
– MBO Kuantan City Mall
– MBO Kluang Mall
– MBO The Spring Kuching

Iklan

LFS
– LFS Kuala Terengganu
– LFS Sitiawan
– LFS Butterworth

MMCineplexes
– MMC Riverfront City

Walaupun sudah dibuka namun setiap pawagam akan mematuhi dan menitikberatkan SOP yang telah ditetapkan.

Iklan

Penonton juga diharap agar dapat mematuhi kesemua SOP ini untuk memudahkan tugasan semua pihak dan sekali gus memutuskan rantaian Covid-19.