Tonton wayang, ‘busking’ antara aktiviti dibenarkan bermula 9 September

A
A
A

BERITA baik buat kaki wayang, kerajaan kini mengumumkan aktiviti panggung wayang dibenarkan kepada individu yang sudah lengkap vaksin Covid-19, berkuat kuasa esok.

Selain itu, lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri kreatif turut boleh menarik nafas lega selepas kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula tarikh yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran yang dipersetujui dalam perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, 2 September itu juga bakal memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.

Kata beliau, semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan kembali bergiat semula dalam aktiviti seperti panggung wayang dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam, ‘indoor busking’ dan persembahan di ‘lounge’ hotel.

Kebenaran itu bertujuan menghidupkan semula industri kreatif yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang lebih setahun yang lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

PKPP: Dah boleh tengok wayang tanpa gangguan kerusi ditendang!

Antara aktiviti lain yang turut dibenarkan ialah;

1. Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung serta penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio.

2. Penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio.

3. Aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis.

Baca juga 5 persiapan awal sebelum lakukan ujian kendiri guna air liur. Barulah kualiti sampel terjamin

4. Aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni secara janji temu dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis.

Justeru, bagi korang yang akan memenuhi pawagam yang berhampiran esok, jangan lupa terus amalkan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca