Top Glove tawar 9,000 peluang pekerjaan, ini cara untuk memohon

A
A
A

DALAM usaha menangai masalah pengangguran di negara ini yang semakin dilihat terjejas akibat pandemik Covid-19, Top Glove Corporation Bhd kini menawarkan sebanyak 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan sepanjang 2021.

Memetik laporan portal media tempatan, usaha tersebut disambut baik oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob namun berharap syarikat tersebut juga perlu menitikberatkan soal keselamatan dan kebajikan pekerja.

Top Glove tawar 9,000 peluang pekerjaan, ini cara untuk memohon

Syarikat itu perlu memastikan semua bakal pekerjanya menjalani ujian saringan Covid-19, bagi mengelakkan jangkitan baharu dalam kalangan mereka, selain menyediakan kemudahan penginapan bagi mereka yang menghadapi masalah itu.

“Saya harap semua pekerja mengambil ujian swab dan mereka yang tiada rumah sendiri, saya harap mereka ditempatkan di tempat yang kondusif untuk diduduki.

“Kita tidak mahu ada tambahan kes dalam kalangan pekerja syarikat ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow, program tersebut diharap dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja untuk mendapatkan kerjaya yang memberi manfaat.

Top Glove tawar 9,000 peluang pekerjaan, ini cara untuk memohon

“Program itu bertujuan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang baharu tamat pengajian universiti, institusi vokasional selain pekerja am di Malaysia.

"Ini membabitkan masing-masing sebanyak 4,000 jawatan untuk pekerja tempatan; 2,300 jawatan untuk lulusan baharu universiti dan vokasional teknologi; 2,000 pelatih latihan industri dan pelatih serta 700 pekerja yang berpengalaman.

"Kami juga berbangga dapat membantu serta menyokong rakyat Malaysia dengan menawarkan pekerjaan ini yang turut menjadi antara usaha penting bagi membolehkan ekonomi dan sosial negara kembali pulih daripada pandemik ini," katanya.

Jika korang kini masih mencari peluang pekerjaan rasanya tak salah untuk mencuba. Mana tahu nasib menyebelahi korang.

Tanpa usaha, kejayaan itu tidak hanya datang bergolek di depan mata!

Untuk membuat permohonan korang juga boleh layari portal rasmi Top Glove atau layari pautan https://www.topglove.com/career-overview/

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca