Sakit dan tertekan emosi punca gajah naik minyak sampai pijak penjaga

A
A
A

TUGAS sebagai penjaga haiwan di zoo bukan kerja mudah kerana ia memerlukan tahap waspada yang tinggi memandangkan kita tidak berurusan dengan manusia.

Seorang penjaga gajah, Anucha Tangsakun, 38, maut di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV), Hulu Terengganu, Terengganu hari ini.

Tidak menyangka rutin harian warga Thailand itu menguruskan gajah bertukar tragedi apabila dipercayai diserang haiwan terbabit.

Dalam kejadian tragis tersebut, Tangkasun dikatakan dipijak sehingga cedera parah pada bahagian paha dan perutnya terbelah!

Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan yang menempatkan seekor gajah bernama Tenang pada jam 8.15 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, sebelum kejadian Tangsakun dikatakan melakukan kerja-kerja pembersihan, memberi makan dan membawa gajah mandi di sungai pada jam 7.45 pagi.

Baca juga [VIDEO] Gajah Nakal Jenguk Dapur, Pecah Dinding Untuk ‘Curi’ Beras

Tangkap layar laman web KECV.

 

Hasil siasatan awal mendapati mangsa diserang dan dipijak si Tenang.

Gajah berusia 22 tahun itu dipercayai mengalami gangguan emosi sejak dua minggu lalu kerana sering diganggu gajah liar berhampiran.

 

 

Difahamkan, dalam insiden berkenaan Tenang cedera pada bahagian belalai akibat diserang seekor gajah liar jantan.

“Sewaktu kejadian mangsa telah melepaskan ikatan rantai pada kaki Tenang untuk membawanya mandi.

“Tenang tiba-tiba ‘naik minyak’ telah menyerang lelaki itu dengan menusuk gading ke bahagian perut dan paha kiri,” kata Mohd Adli.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, Terengganu untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca