Tular video lelaki dikejar polis trafik, individu lolos selepas berlari lebih 500 meter

05
05
A
A
A

TULAR sejak malam tadi di media sosial sebuah video memaparkan anggota polis trafik sedang berlari mengejar seorang lelaki.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, kejadian tersebut difahamkan berlaku di Pasir Mas, Kelantan menjadi perhatian warga maya.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berikut info kejadian;

1. Lelaki berkenaan lolos selepas berlari lebih 500 meter di jalan raya, ketika mengelak daripada ditahan polis dalam kejadian dekat Kampung Gaung, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

2. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, lelaki berusia 20-an terbabit berjaya melepaskan diri dengan memasuki semak terletak bersebelahan tempat kejadian.

3. Gerakan mengesannya sedang dijalankan kerana identitinya sudah dikenal pasti.

sekatan jalan raya

4. Sebelum kejadian itu, anggota polis trafik membuat penugasan pemeriksaan mengejut di lokasi sebelum menahan sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang.

5. Ketika ditahan, pada mulanya ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 37 tahun itu memberi kerjasama, tetapi selepas diarahkan ke bahu jalan, kenderaan terbabit terus memecut laju, manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

6. Bagaimanapun, seorang suspek berusia 37 tahun berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Baca juga Terpaksa undur, RFID tak dapat 'detect' pada hari pertama, warga maya luah kesesakan lalu lintas

7. Dua lelaki iaitu pemandu, Mohamad Afiq Saiedi, 21, dan suspek yang berlari sambil dikejar anggota polis itu dikenali sebagai Mohd Naim Azmi beralamat Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah melarikan diri.

8. Saringan awal kencing terhadap suspek yang ditahan mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis Methaphetamine dan mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk berkaitan dadah.

9. Suspek yang melarikan diri sudah dikenal pasti dan polis akan membuat tangkapan ke atas lelaki itu dengan kadar segera untuk siasatan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca