UMUM mengetahui peralihan sistem pembayaran tol kepada RFID akan dilakukan secara berperingkat.

Kementerian Kerja Raya pada 16 Disember lalu memaklumkan bermula 15 Januari 2022, transaksi tol RFID akan dilaksanakan bagi kenderaan ringan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Penggunaan Radio Frequency Identification (RFID) bertujuan membolehkan para pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Baca juga: Lebih 20 Tahun Mudahkan Pembayaran Tol, Kad Touch ’N Go, SmartTAG Akan Dihentikan Secara Berperingkat

Bagaimanapun, pada hari Isnin pertama selepas perlaksanaan transaksi tol RFID, warga maya meluahkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.

Pengguna Twitter, Aiman Psikologi berkongsi sekeping foto memaparkan kesesakan lalu lintas dari arah kediamannya yang didakwa berpunca daripada pertukaran satu-satunya lorong SmartTAG kepada RFID.

Selain itu, warga maya meluahkan pertukaran sistem tersebut menyebabkan mereka lambat ke tempat kerja.

Ujar mereka:

– “Ya berlaku di tol Bandar Sri Putra pagi tadi. Satu-satunya lorong SmartTAG ditukar jadi lorong RFID, 30 minit saya lewat hari ini.

– “Kena juga pagi tadi saya punya RFID masuk tol lepas tetapi untuk keluar tol tidak lepas.”

– “SmartTAG masih boleh digunakan kenapa ditutup? Apa jadi pada pengguna yang masih ada alat itu yang masih berfungsi.”

Iklan

– “Tadi pun jem kat Tol Senawang. Satu-satunya lorong Smart TAG yang ada ditukar kepada RFID. Mungkin ia memudahkan orang lain tetapi bagi yang memasang sistem SmartTAG ‘built in’ dalam kereta, sangat menyusahkan ya.”

Tidak kurang netizen yang memberikan pelbagai pendapat dan tip berhubung pemasangan dan penggunaan pelekat RFID di plaza tol.

– “Kedudukan kereta kena betul (kalau ade kotak panduan untuk laluan kereta lagi bagus. Maksimum kelajuan 20km/j waktu nak lalu lorong RFID. Baki Touch ‘N’ Go wallet cukup, kalau jalan juga, undur saja.

Iklan

– “Rasanya kena buat kajian. Mungkin individu yang pasang stiker RFID sendiri jadi punca reader tak boleh baca stiker RFID di kenderaan mereka? Sebab banyak jual online dan pasang sendiri, bukan di pusatnya.”

– “Tip nak masuk pandu pelahan. Alhamdulillah tidak pernah tidak lepas lagi setakat ni. Tapi cara tampal pun penting. Kalau cermin ‘tinted’ ada certain RFID tidak boleh dikesan. Paling baik, jangan tampal terus. Lekat dengan pita lekat buat sementara dahulu. Apabila terbukti dapat lepas tol barulah tampal secara kekal.”

Sumber: Twitter Aiman Psikologi

Foto: Twitter Admalina Hasan, Aiman Psikologi, Zaza Ohh

Jangan lupa follow kami di Instagram!