BEKAS Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu meninggal dunia hari ini. Berita sedih itu dikongsi oleh Datuk Seri S. Subramaniam di laman sosial Facebook.

Menurut Subramaniam, berita itu dimaklumkan anak mendiang, Datuk Seri S. Vell Paari.

Astro Awani yang menghubungi Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan mengesahkan bekas Menteri Kerja Raya dan Menteri Tenaga serta Komunikasi dan Pos itu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur kira-kira jam 8.00 pagi.

Baca juga: Penyanyi era 1980-an, Aman Shah meninggal Dunia

Difahamkan, beliau meninggal dunia ketika dalam tidur.

“Sedih dan pilu saya menerima berita tragis pemergian Tun S. Samy Vellu, Mantan Presiden MIC dan Menteri legenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Velpari.

“Bagi kebanyakan kita, beliau adalah mentor utama. Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami. MIED, Universiti Aimst dan Kolej Tafe adalah sumbangan besar beliau.

“Takziah kepada Toh Puan, Datuk Seri Velpari dan seluruh ahli keluarga atas kematiannya.” titipnya.

Berikut adalah 10 fakta mengenai tokoh pemimpin negara ini:

1-Tun S. Samy Vellu a/l Sangalimuthu dilahirkan pada 8 Mac 1936 lebih dikenali sebagai Samy Vellu.

2-Kedua ibu bapanya merupakan penoreh getah di Kluang, Johor bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British bekerja di ladang-ladang getah.

3-Ketika remaja pada tahun 1950, Tun S. Samy Vellu pernah bekerja sebagai menjadi konduktor bas.

Baca juga: Suami pelakon 80-an Maria Arshad meninggal dunia

Kredit foto: Bernama

4- Kemudian beliau menjadi pembantu pejabat di sebuah firma arkitek. Beliau bekerja sambil belajar mengejar impiannya hingga berjaya menjadi arkitek bertauliah.

5-Dua tahun kemudian, Tun S. Samy Vellu bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput

6- Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979 hingga 2010.

7-Beliau dipilih menganggotai kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Iklan

8-Pada tahun 1979 hingga 1989 beliau memegang jawatan sebagai sebagai Menteri Kerja Raya. Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau memegang portfolio sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos.

9-Tun S. Samy Vellu memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sehingga 2008 berikutan kekalahan beliau pada pilihan raya umum. Jawatan beliau sebagai Menteri kabinet mewakili parti MIC digantikan oleh setiausaha parti tersebut, Datuk Dr S Subramaniam sebagai Menteri Sumber Manusia.

10-Pemergian Tun S. Samy Vellu meninggalkan seorang anak lelaki, Vell Paari dan seorang anak perempuan.

Mendiang pernah meraih anugerah berprestij Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) yang disampaikan Presiden India. Ia merupakan anugerah tertinggi disampaikan Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk bukan pemastautin India dan warga yang berada di luar negara.

Berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 1978 hingga 2008, banyak jasa telah ditabur oleh beliau sepanjang hayatnya. Warga maya rata-rata menzahirkan ucapan takziah.

Iklan

-“Salam takziah untuk keluarga mendiang Tun S. Samy Vellu.”

-“Walaupun bahasa Melayu beliau tidak berapa fasih, mendiang tetap berusaha untuk berbahasa kebangsaan. Inspirasi terbaik.”

-“Salam takziah buat keluarga Tun S. Samy Vellu.”

Baca juga: Pemurah, jaga perkataan, Dr Fadzilah Kamsah dedah kebaikan Adibah Noor wajar dicontohi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan