SUAMI kepada pelakon era 80-an, Datin Maria Arshad meninggal dunia semalam.

Maria yang merupakan ibu kepada pelakon, Ijoy Azhari dan ibu mentua pelakon dan juruhebah, Sharifah Shahirah berkongsi perkhabaran duka pemergian suami tercinta, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar menerusi laman sosial Instagram.

“Innalillahiwainailaihirojiun, dukacita memaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman bin Abu Bakar menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.49 tengah malam semalam.

“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang tadi,” titip pelakkon filem Langit Tidak Selalu Cerah itu.

Baca juga: Suami meninggal, ini yang WAJIB isteri tahu tentang peninggalan harta arwah

Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

Dalam pada itu, Maria atau nama sebenarnya Kamariah Arshad memohon warga maya menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham suami tercinta.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin, Insya-ALLAH,” katanya.

Sharifah Shahirah turut berkongsi pemergian bapa mentuanya.

“Ingin memaklumkan bahawa suami kepada emak mertua saya telah meninggal dunia di PPUM. Semoga ditempatkan orang orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Datuk Rahman, al-Fatihah,” titipnya.

Rakan artis dan warga maya menzahirkan takziah serta mendoakan semoga Allahyarhan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Iklan

-“Salam takziah Datin Maria Arshad. Semoga roh Datuk Abdul Rahman ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh.”

-“Al-Fatihah salam takziah buat Datin Maria Arshad dan ahli keluarga.”

-“Salam takziah Datin sekeluarga.”

Iklan

Maria Arshad merupakan aktres popular pada pada era 1980-an, seangkatan dengan Noor Kumalasari, Rubiah Suparman dan Raja Noor Baizura.

Sumber dan kredit foto: Instagram @citarasa.mariaarshad, @shieraijoy, @ejoyazari

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.