Ubah alamat penghantaran bungkusan Pos Laju dari pejabat ke rumah ketika PKP? Ini caranya
DISEBABKAN kes Covid-19 yang dilaporkan semakin meningkat, kerajaan sekali lagi terpaksa mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa bagi negeri-negeri yang terlibat mulai 13 hingga 26 Januari 2021 sebagai usaha kerajaan mengekang penularan wabak tersebut.
Disebabkan itu, pergerakan orang ramai juga kini perlu dihadkan malahan majikan juga digesa untuk melaksanakan kaedah bekerja dari rumah (BDR) dan hanya 30 peratus sahaja kakitangan dibenarkan untuk ke pejabat.
Namun, disebabkan itu juga kini salah satu masalah yang dihadapi ramai adalah bagi golongan yang gemar membuat pembelian online.
Hal tersebut adalah kerana apabila pembelian yang dilakukan sebelum ini dihantar ke alamat pejabat yang pastinya berbeza dengan alamat kediaman.
Ini sekali gus membawa kepada masalah, yang mana kita tidak boleh menerima bungkusan yang dihantar disebabkan berada di alamat yang berbeza sepanjang tempoh perlaksanaan PKP.
Memahami situasi yang dialami oleh pelanggan, untuk mengatasi perkara ini, Pos Malaysia tampil menyediakan kemudahan untuk pengguna mengemaskini alamat penerimaan baharu.
Kemaskini juga boleh dibuat terus secara online sekali gus mengubah lokasi alamat penerimaan.
Pos Malaysia mengatakan perubahan alamat penghantaran itu boleh dilakukan oleh pelanggan di kawasan Lembah Klang ke mana-mana alamat kediaman sekitar Lembah Klang sahaja.
Namun, untuk mereka di luar Lembah Klang pula, ubah halan hanya disediakan ke alamat kediaman yang berada dalam kawasan liputan yang sama dengan alamat penghantaran asal.
Bagi korang yang ingin melakukan perubahan alamat penghantaran juga cukup mudah.
Korang hanya perlu layari https://outletoperations.pos.com.my/RedirectionRequest dan memasukkan nombor Tracking serta poskod destinasi asal sebelum memproses arahan ubah hala ke alamat baharu.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang