Ubah sikap! Imej cyclist rosak gara-gara tularnya kumpulan tidak bertanggungjawab di bulatan Elmina

A
A
A

ROSAK imej cyclist! Begitulah luahan hati ‘orang lama’ penggemar sukan berbasikal apabila melihat satu posting Twitter kini tular di media sosial yang mana memaparkan aksi sekumpulan cyclist dilihat gigih memanjat bulatan Elmina yang terletak di Shah Alam hanya sekadar untuk bergambar.

Tidak dinafikan, ketika ini, aktiviti berbasikal boleh dikatakan sudah menjadi trend dan ramai dalam kalangan masyarakat dilihat mula membeli basikal untuk dijadikan sebagai hobi berkayuh pada hujung minggu.

Tidak kira tua atau muda, ramai yang mengikuti trend tersebut untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan ada juga dalam kalangan mereka yang mungkin membeli basikal hanya sekadar mahu mencuba dan mengikut pengaruh rakan-rakan.

Maka lahirlah kelompok berbasikal kini dilihat umpama cendawan tumbuh selepas hujan yang mana mereka memenuhi kawasan-kawasan tumpuan untuk membuat kayuhan termasuk Elmina.

Melalui posting tular tersebut, rata-rata orang ramai dan pengguna jalan raya lain juga kurang senang dengan situasi yang dilihat yang kini sudah menjadi trend.

Mana tidaknya, bulatan tersebut pastinya laluan tumpuan kenderaan dan cyclist yang dilihat gigih memanjat bulatan tersebut hanya untuk bergambar bersama mercu tanda kawasan itu hanyalah menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Ubah sikap! Imej cyclist rosak gara-gara tularnya kumpulan tidak bertanggungjawab di bulatan Elmina

Dalam pada masa yang sama mereka turut membahayakan nyawa sendiri apabila terpaksa memanjat dan mengangkat basikal untuk sampai ke puncak mercu tanda tersebut.

Andai kata salah seorang daripada mereka terjatuh, pastinya bakal mengundang pelbagai risiko kemalangan dan lebih malang lagi mungkin boleh mambawa maut. Perkara itu tidak mustahil!

Nak kayuh dan amalkan gaya hidup sihat itu tidak salah! Tapi jadilah pengguna yang bijak jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Penunggang basikal perlu meningkatkan kesedaran dan peka mengenai aspek keselamatan serta peraturan jalan raya bagi menggelak kejadian yang tidak diingini.

SinarPlus beranggapan tidak adil sekiranya aktiviti berbasikal dihukum disebabkan kejadian seumpama ini kerana ia turut menyumbang kepada langkah mengatasi golongan belia daripada melakukan aktiviti tidak sihat seperti lumba haram motosikal dan sebagainya.

Apa yang paling penting hanyalah ubah sikap!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca