BINGKISAN kata-kata istimewa yang dilontarkan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada bekas isterinya juga pelakon, Erra Fazira sempena ulang tahun kelahiran ke-15 anak mereka, Engku Aleesya cukup menyentuh hati.

Nyata, perpisahan yang berlaku sedikitpun tidak menjejaskan hubungan antara keduanya demi kesejahteraan satu-satunya anak tunggal mereka.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Engku Emran dilihat mengimbau kembali saat-saat memilih nama untuk bayi perempuan mereka itu kira-kira 15 tahun lalu.

Baca ni ‘Cantik persis ibunya, time senyum serupa betul.’ Wajah terbaharu Aleesya, anak Erra Fazira raih perhatian. Makin besar makin lawa!

erra fazira

“Aleesya adalah nama yang dipilih oleh ibunya pada 15 tahun lalu yang membawa maksud ‘yang dilindungi’ dalam bahasa Arab.

“Itu satu-satunya nama yang beliau pilih dan saya terpaksa bersetuju. Saya masih ingat lagi, kami ada bertengkar tentang itu (nama) dengan harapan beliau akan pilih dua lagi nama untuk kami pilih.

“Dalam istilah Melayu dipanggil ‘naluri seorang ibu’ dan pastinya seorang ibu tahu yang anaknya memerlukan nama tersebut.

Baca juga “ALLAH kurnia 3 insan hebat…’ Engku Emran titip penghargaan wanita pernah berada di sisinya

erra fazira 1

Ungkap beliau lagi, bukan mudah menjadi ibu bapa bersama namun mereka berdua melakukannya sehabis baik.

“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak perempuan kami selalu dikelilingi oleh mereka yang cukup menyayangi dan menjaganya dengan baik.

“Semoga anak ayah terus dilindungi Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan.

Baca juga Erra Fazira kekal tenang

erra

Iklan

IBU BAPA BERSAMA

Akuinya sebagai ayah adakalanya beliau terlalu bimbang, namun akan kembali berasa tenang disebabkan namanya Aleesya.

“Terima kasih @errafazira kerana selalu menjadi ibu yang diperlukan oleh anak kita. Ia bukanlah sesuatu yang mudah apabila menjadi ibu bapa bersama tetapi kita melakukannya dengan sehabis baik.

“Kepada Aleesya, ibu dan ayah sangat menyayangi kamu. It means the world to us that you know this because we tell you everyday that we love you. Keep soaring to greater heights my love!

#keepingithereforthememories

Iklan

 

Sumber: Instagram narumkamek

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!