NAMA Engku Emran Engku Zainal Abidin menjadi perhatian selepas rumah tangganya bersama Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa berantakan.

Bertahan hanya dua tahun, baru-baru ini Nabila mendedahkan mereka sedang dalam proses penceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Baca juga: Lebih 20 hari rujuk, warganet gembira Diana Danielle & Farid Kamil kembali bersatu

Menerusi hantaran di laman sosial, bapa kepada Engku Aleesya itu menitipkan situasi yang dilalui selepas kehilangan ibu tersayang pada 2 Julai lalu.

Dalam nukilannya di Instagram, Emran berkongsi penghargaan buat tiga wanita yang pernah berada di sisinya iaitu Erra Fazira, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Nabila.

Jelasnya, setiap daripada mereka hadir memberikan makna dan erti dalam hidup.

Baca juga: ‘Aleesya suka dapat adik, puji Jayden…’ – Erra Fazira

“Saya selalu bertanya kepada ALLAH mengapa DIA menghadirkan tiga insan hebat untuk menjadi menantu Mummy.

“Saya tidak pernah keluar untuk mencari dan tidak merancang untuk mengahwini mereka, tetapi ketiga-tiganya muncul dalam hidup semasa saya bekerja dan kami jatuh cinta.

“Seorang memberikan saya seorang anak. Seorang memperkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia dan menunaikan haji bersama saya.

“Dan seorang lagi membuatkan saya menjadi anak yang lebih baik kepada Mummy. Jadi ia adalah hikmah mengapa takdir kami bersilangan,” titipnya.

Dalam pada itu, Emran turut memaklumkan dirinya dalam keadaan baik biarpun kisah rumah tangga bersama Noor Nabila menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini.

Emran mendirikan rumah tangga kali pertama bersama pelakon dan pengacara Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai talak satu pada 17 Februari 2014.

Menerusi perkahwinan ini, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Pada 8 September 2017, Emran berkahwin dengan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Hanya bertahan tiga tahun, mereka berpisah pada 2020.

Iklan

Baca juga: Erra Fazira akui, anak turut bersedih dengan perpisahan Bella dan bekas suami

Engku Emran yang berkahwin dengan Nabila pada 19 Mac 2021 namun menyatakan hasrat berpisah selepas keluar dari rumah pada Januari lalu.

Biarpun perkahwinan ketiga ini tidak dikurniakan zuriat, Nabila pernah mendedahkan  mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan terakhir pada Jun 2022.

Baca juga: 3 wanita pernah singgah dalam hati Engku Emran, mungkinkah Noor Nabila yang terakhir?

Iklan

Sumber: Instagram Engku Emran

Kredit foto utama: Anjung Mempelai via Budiey 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!