Umrah terpaksa ditangguh, individu pulang bermula 3 Jan wajib kuarantin ditentukan NADMA
UMRAH ditangguhkan. Malaysia memutuskan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Langkah itu diambil berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ), berikut info mengenainya;
1. Tangguhan umrah dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan penilaian risiko situasi varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi.
2. Perbincangan khas bersama beberapa agensi terbabit umrah diadakan disusuli Mesyuarat Khas Kuartet yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam.
3. Hasil perbincangan itu kerajaan memutuskan tidak ada perjalanan mengerjakan umrah selepas tarikh berkenaan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
4. Tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuatkuasa hari ini.
4 kes varian Omicron dikesan di S’wak, berikut 6 info mengenainya
5. Kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi jemaah umrah yang pulang ke Malaysia bermula 3 Januari ini.6. Bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada hari ini hingga 7 Januari, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.
7. Bagaimanapun mereka perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel dikenal pasti NADMA apabila tiba di Malaysia.8. Jemaah umrah yang akan pulang ke Malaysia perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas dan ketibaan serta menjalani perintah pengawasan selama tujuh hari di stesen kuarantin.
9. Sekiranya bergejala, lakukan ujian pengesanan menggunakan ujian kendiri RTK Ag dan melakukan ujian RT-PCR pada hari kelima.
10. Jemaah umrah hanya akan diberi pelepasan dari perintah pengawasan dan pemantauan pada hari kelapan, sekiranya tiada lanjutan kuarantin serta keputusan ujian RT-PCR pada hari kelima negatif.
Kanak-kanak 8 tahun rakyat Malaysia pertama positif varian Omicron, 8 info ringkas berkaitan
11. Penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes Covid-19.12. Langkah ini juga diharap dapat memberi peluang dan ruang kepada kerajaan untuk membuat perancangan serta persediaan rapi dalam pengurusan jemaah umrah sebelum aktiviti terbabit boleh dibenarkan semula.
Baca juga Individu pulang umrah, 18 negara risiko mula pakai peranti pengesanan digital di KLIA
Sementara itu, KJ turut memaklumkan seramai 1,306 jemaah umrah positif Covid-19 dan 64 kes terkini dijangkiti varian Omicron.
Beliau menasihati jemaah yang baru pulang dan sedang menjalani kuarantin di rumah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara kuarantin yang ditetapkan.
Katanya, kegagalan mematuhi arahan dikeluarkan oleh Pegawai Diberi Kuasa mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang