Upin & Ipin saluran Youtube pertama Malaysia cecah 10 juta pelanggan terima anugerah Diamond

Upin & Ipin saluran Youtube pertama Malaysia cecah 10 juta pelanggan terima anugerah Diamond
Upin & Ipin saluran Youtube pertama Malaysia cecah 10 juta pelanggan terima anugerah Diamond
A
A
A

Betul! Betul! Betul! Itulah ayat yang sinonim dikaitkan dengan watak animasi popular Upin & Ipin terbitan Les’ Copaque Production yang berjaya memenangi hati peminatnya di segenap lapisan umur.

Pertama kali diperkenalkan di TV9 ketika bulan puasa lebih sedekad lalu, animasi tersebut dilihat telah mendapat sambutan hangat daripada penonton bukan sahaja kanak-kanan malahan orang dewasa juga pun turut join minat sama!

Terbaharu, saluran YouTube milik Les’ Copaque Production dilaporkan berjaya mencecah 10 juta pelanggan semalam sekali gus layak menerima anugerah “Diamond Play Button” daripada platform perkongsian video dalam talian itu.

Ini pencapaian yang luar biasa dan amat membanggakan kerana ia merupakan saluran YouTube pertama dari Malaysia mencecah 10 juta pelanggan. Wow! Hebat bukan?

Kejayaan merekodkan 10 juta pelanggan itu dicapai pada jam 2.06 petang semalam, menurut Les’ Copaque Production dalam kenyataannya hari ini.

Sehingga Februari 2020, hanya 566 saluran YouTube di seluruh dunia yang mencapai 10 juta pelanggan.

Saluran YouTube Les’ Copaque diwujudkan pada 2009 dan kini telah mencecah lebih empat bilion tontonan.

Ia memaparkan pelbagai harta intelek hasil keluaran syarikat ini seperti Upin & Ipin, Puteri, Pada Zaman Dahulu, DaDuDiDo dan terkini siri baharu berbahasa Inggeris bertajuk “Upin & Ipin The Helping Heroes” yang mendapat tontonan lebih 2 juta.

Baru-baru ini, siri animasi popular Les’ Copaque, Upin & Ipin telah mencetuskan perbualan hangat di media sosial berikutan kata-kata kontroversi daripada salah satu karakternya bernama Fizi melalui episod “Syahdunya Syawal”.

Pihak produksi telah mengambil kesempatan itu menghasilkan video permohonan maaf daripada Fizi yang mencapai 19 juta tontonan hanya dalam tempoh seminggu.

Tahniah Upin & Ipin!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca