PALSU! Baru-baru tular sekeping foto vaksin Covid-19 yang didakwa dijual oleh induvidu tidak bertanggungjawab menggunakan platform e-dagang popular iaitu Shopee.

Namun, pengguna media sosial juga bagaimanapun mempersoalkan kesahihan penjualan vaksin tersebut dan bimbang akan ada pihak mahupun individu yang akan terpedaya dengan iklan tersebut.

Mana tidaknya vaksin yang dilihat dijual dengan harga RM63.88 boleh dibeli secara online dengan menggunakan aplikasi e-dagang tersebut.

Akibat bimbang orang ramai akan tertipu, Shopee kini tampil menafikan penjualan vaksin Covid-19, Pfizer palsu tersebut, seperti mana gambar yang tular di media sosial.

Shopee dalam satu kenyataan mengesahkan tidak menemui senarai yang serupa seperti di dalam gambar tersebut.

“Gambar itu sebenarnya telah diubahsuai seolah-olah penjualan vaksin berkenaan disenaraikan di dalam laman jualan kami tetapi sebenarnya ia palsu dan sama sekali tidak wujud.

“Isu penyebaaran foto penjualan vaksin Pfizer Covid-19 di Shopee menerusi Twitter dan WhatsApp sedang dalam perhatian kami. Kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak menemui senarai berkaitan di Shopee.

“Imunisasi Covid-19 adalah masalah kesihatan negara yang tidak boleh dianggap remeh,” menurut Shopee dalam satu kenyataan.

Memetik laporan akhbar tempatan, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyedari berita palsu ini.

Iklan

Guru dan pengamal media penerima vaksin fasa pertama Program Imunisasi Covid-19

“Kami ingin mengingatkan semua orang bahawa penyebaran maklumat palsu mengenai vaksin sedang dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC,” ujarnya.

Jadi awas kepada pengguna terutama penggemar pembelian secara online kerana tiada jalan mudah mahupun cara singkat untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Iklan

Jangan sesekali mudah untuk tertipu dengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita perlulah menggunakan kaedah yang betul dan serahkan sepenuhnya kepada pihak KKM untuk memberikan vaksin Covid-19 kepada orang ramai seperti apa yang telah dijadualkan.