Vaksin Sinovac pula lulus untuk kanak-kanak usia 5-11 tahun, 10 info berkaitan

sinovac
sinovac
A
A
A

UMUM maklum, kerajaan kini meneruskan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Bermula Februari lalu, vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech telah diluluskan untuk golongan tersebut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Terbaru menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan pula vaksin jenis Coronavac (Sinovac) diluluskan untuk kanak-kanak.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berikut perinciannya;

1. Sinovac adalah vaksin kedua yang diluluskan penggunaannya selepas vaksin Comirnaty (Pfizer).

2. Pemberian vaksin Sinovac hanya akan diberikan kepada kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Pfizer atas faktor kesihatan.

3. Sebagai pilihan untuk ibu bapa mendapatkan vaksin Sinovac kepada anak mereka sekiranya tidak bersetuju memberikan jenis Pfizer.

Baca juga Tiada paksaan suntik vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

vaksin kanak-kanak

4. Bermula 7 Mac, KKM mula menawarkan vaksin Sinovac di Pusat Pemberian Vakin (PPV) terpilih dan ibu bapa boleh menyemak senarai nama serta waktu operasi PPV yang menawarkan vaksin berkenaan secara walk-in di laman web KKM serta PHCorp.

5. Penawaran vaksin Sinovac di PPV yang dikendalikan oleh KKM dan PHCorp di bawah PICKids adalah percuma.

6. Selain program PICKids, ada klinik dan hospital swasta menawarkan vaksin Sinovac kepada kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan bayaran.

7. Vaksin Sinovac hanya boleh diberi apabila kanak-kanak mencapai usia lima tahun pada tarikh lahir.

Baca juga Muktamad! Penerima Sinovac tidak booster selepas 31 Mac, status vaksinasi bertukar tak lengkap

8. Bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, dua dos vaksin Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan selang masa empat minggu.

9. Walapun vaksin Sinovac sudah diluluskan, vaksin Pfizer dengan formulari kanak-kanak adalah vaksin yang diberi keutamaan dalam PICKids.

10. Ia termasuk kanak-kanak yang mempunyai risiko tinggi dan terdapat komorbiditi seperti ada rendah imun atau immunocompromised, penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, kencing manis, obesiti dan penyakit lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca