PENEMUAN baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta mendapati bahawa ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin.

Keadaan itu disifatkan sama seperti individu yang belum divaksinasi. Setakat 17 Ogos, sebanyak 43 kes varian Delta dicatatkan di seluruh negara membabitkan kes import dan tempatan.

Sumber: covid-19.moh.gov.my

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian mendapati, varian Delta tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

Katanya virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain.

Tidak hanya itu, beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Baca juga Hanya 15 saat! varian Delta ‘menyerang’ melalui udara. Berikut 7 fakta perlu ambil tahu…

Justeru, varian Covid-19 yang mampu menjangkiti melalui dalam masa 15 saat itu wajar digeruni. Perlindungan kepada bahagian muka perlu dipertingkatkan dengan pemakaian alat pelindung muka (face shield) dan pelitup muka berganda (double masking).

Ia turut disarankan Dr Noor Hisham kerana memberi perlindungan sehingga 96% daripada varian ganas itu.

“Kita perlu menggunakan alat pelindung muka yang praktikal, yang dapat dihasilkan dan diedarkan dengan cepat dan berpatutan.

“Ini harus dimasukkan sebagai sebahagian strategi untuk mengurangkan penularan dalam masyarakat,” katanya.

5 fakta mengenai pelindung muka perlu tahu

Pelindung muka berperanan sebagai penghadang kepada mata. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), pelindung muka yang disarankan ialah seperti berikut:

1-Yang meliputi bahagian dahi pengguna.

2-Berbentuk memanjang sehingga melepasi bahagian dagu,

3-Melindungi sekeliling wajah.

4-Memetik Pakar Epidemioloi Universiti Alabama, Prof David Freedman berkata untuk mengelakkan keadaan berwap dan berkabus, pengguna disarankan boleh menyemburkan semburan anti kabus (anti fogging) pada bahagian dalam pelindung muka untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

5-Perlu diingat bahawa memakai alat pelindung muka sahaja tanpa pelitup muka tidak berkesan untuk membendung jangkitan koronavirus.

Tinjuan SinarPlus menerusi laman web e-dagang mendapati pelindung muka yang disokong oleh bingkai cermin mata paling laris dijual kerana ia memberikan keselesaan kepada pemakai.

Iklan

Manakala jenis berspan yang melekap pada dahi juga turut mendapat sambutan. Rekaan pelindung muka kanak-kanak pula sangat menarik dengan pelbagai cetakan comel haiwan dan watak animasi padanya.

Korang boleh membeli pelindung muka secara dalam talian di Lazada, Shopee, Etsy dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh didapati di kebanyakan kedai dan farmasi di seluruh Malaysia.

Tepuk dada, tanya selera. Pastikan pelindung muka yang dibeli sesuai dengan dengan bajet korang. Lebih jimat sekiranya membeli alat tersebut yang boleh dipakai berulang kali dan boleh dibersihkan selepas digunakan.

Iklan

Boleh juga mendapatkan pelitup muka keluaran Karangkraf Medicare yang terdiri daripada jenis lima lapis dan tiga lapis untuk perlindungan daripada jangkitan. Pelitup muka 99 peratus buatan Malaysia ini terdiri daripada pelbagai corak dan warna yang menarik. Dapatkan melalui ejen sah di seluruh negara disini.

Ikuti kami di Instagram!

Sumber: Tan Sri Noor Hisham Abdullah, CDC