[VIDEO] Banjir kilat, Janda Baik bagaikan sungai, 140 buah rumah dinaiki air, tanah runtuh

A
A
A

HUJAN lebat dan banjir kini tidak lagi bermusim. Tidak hanya pada musim tengkujuh, banjir berlaku pada bila-bila masa di luar jangkaan.

Banjir kilat lazimnya disebabkan hujan lebat yang luar biasa mengancam nyawa.

Baru-baru ini tular video yang memaparkan banjir yang berlaku di kawasan peranginan di Bentong, Pahang iaitu Janda Baik.

Menurut video yang tular, banjir tersebut disifatkan kedua paling teruk. Ia memusnahkan struktur dan mengakibatkan kerosakan pada calet dan resort di sekitarnya.

Baca juga: Mayat tersangkut pokok pisang, dahsyatnya banjir kilat ibarat tsunami, ragut nyawa penduduk kaki Gunung Jerai

Lapor Bernama, hujan lebat berterusan sejak jam 3.00 pagi mengakibatkan beberapa kawasan di sana termasuk empat kampung dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bentong memaklumkan (setakat 8 pagi) lebih 140 rumah di Kampung Sum-Sum, Kampung Lampin, Kampung Cheringin dan Kampung Pulau Santap dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera.

@zatbesiii Banjir janda baik?#floodinjandabaik#jandabaik♬ original sound - Isthatzat

Lapor Bernama, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata trend air kini menurun dan terdapat beberapa lokasi berlaku tanah runtuh, namun pelbagai pihak yang berkaitan telah berada di kawasan terbabit bagi mengawal keadaan.

JALAN DITUTUP

Beliau berkata susulan tanah runtuh, jalan lama Bukit Tinggi-Genting Sempah telah ditutup namun jalan ke arah Janda Baik masih boleh dilalui kenderaan.

"Mangsa yang terlibat adalah penduduk tempatan dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka buat masa ini” katanya.

@uncle_daniellim Harap tiada yg lebih teruk diingini...#doaku#jandabaik♬ original sound - Uncle_DanielLim

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi memaklumkan laluan utama di KM68 arah ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih selamat untuk digunakan, meskipun beberapa kawasan berhampiran dinaiki air.

"Sungguhpun hujan mula reda pada waktu ini, pihak ANIH Berhad sedang memantau paras air Sungai Bentong sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

5 tip harungi banjir kilat di jalan raya

1-Jika boleh, elakkan kawasan banjir dengan menggunakan aplikasi Waze. Selalunya pengguna-pengguna Waze yang lain akan ‘update’ lokasi yang mengalami kenaikan air secara mendadak.

2-Mendengar hebahan melalui radio membantu mencari jalan alternatif ke destinasi.

3-Sekiranya anda telah tiba di kawasan yang telah mula dinaiki air, pastikan kedalaman air adalah selamat untuk dilalui oleh kenderaan. Contohnya, bagi kereta biasa, kedalaman selamat yang boleh dilalui adalah sekitar 6 inci sahaja manakala bagi SUV pula sedalam 2 kaki.

4-Sekiranya air lebih dalam, jauhi kawasan tersebut dan parkir di kawasan yang lebih tinggi sementara menunggu air surut.

5-Jangan hidupkan anda apabila enjin mati di dalam air. Cubaan menghidupkan enjin akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Matikan suis kereta anda dan dapatkan pertolongan.

Baca juga: Asalnya kampung, jadi sungai lepas fenomena kepala air Gunung Jerai

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca