TRAGEDI kepala air di Yan, Kedah baru-baru ini sangat luar biasa. Kejadian yang belaku pada 18 Ogos 2021 itu menyebabkan kemusnahan teruk susulan daripada tanah runtuh dan banjir kilat.

Pemandangan selepas air surut amat menyedihkan di mana pelbagai objek seperti batu dan pokok besar kelihatan berselerakan dibawa arus banjir.

Bagaimanapun, perkongsian daripada salah seorang sukarelawan, @pendangmarvel yang bertugas di sana memukau pandangan warga maya.

Menerusi paparan video berdurasi 15 saat itu yang dikongsikan di laman sosial TikTok, kelihatan sebatang sungai mengalir dengan air yang deras. Batu-batuan tersusun  di sekitar seolah-olah sungai tersebut sudah lama wujud.

Menurutnya, kawasan tersebut adalah asalnya dahulu sebuah kampung namun telah bertukar menjadi sungai yang deras arusnya.

Malah jika dilihat menerusi paparan video, terdapat sebatang kayu dijadikan titi merentangi sungai tersebut. Menurut @pendangmarvel, sebelum kejadian kelapa air pada kedudukan yang titi tersebut wujud sebatang jalan yang digunakan penduduk.

“Kuasa ALLAH. Asalnya kampung tukar jadi sungai air terjun selepas bencana tsunami Gunung Jerai,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

@pendangmarvelKuasa Allah. Asalnya kampung tukar jadi sungai airterjun selepas bencana Tsunama Gunung Jerai♬ original sound – Amyrul Myrul Hashim

Rata-rata warga maya teruja dan kagum melihat paparan video berkenaan.

“Allahuakbar, tidak mustahil dengan kuasa ALLAH.”

“Sekelip mata ada sungai.”

“Kalau nak buat mahu puluhan ribu ini ALLAH jadikan. Subhanallah.”

“Indahnya bunyi air sungai, luar biasa pokok kelapa di tengah sungai. Setiap kejadian ada hikmahnya.”

Iklan

“Cantiknya kuasa ALLAH, semua atas kehendaknya. Selepas bencana jadi tempat cantik.”

Namun ada juga warganet yang meluahkan kebimbangan lantaran kedudukan yang hampir dengan kediaman penduduk.

“Ramai kata untung tapi saya nampak, kalau hujan akan menimbulkan bahaya kepada rumah-rumah berkenaan. Terlalu dekat dengan tebing.”

Iklan

Baca juga Mayat Tersangkut Pokok Pisang, Dahsyatnya Banjir Kilat Ibarat Tsunami, Ragut Nyawa Penduduk Kaki Gunung Jerai

Terdahulu, bencana kepala air berlaku melibatkan 10 buah kampung di mana lokasinya berdekatan dengan beberapa sungai di kaki Gunung Jerai.

Antara perkampungan yang terlibat ialah Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

Fenomena alam itu juga meragut enam nyawa penduduk sekitar dan kakitangan pusat peranginan serta mengakibatkan kemusnahkan harta benda dan tempat tinggal penduduk.