[VIDEO] Begini caranya bagi kucing ubat. Doktor veterinar tunjuk step by step, confirm tak melawan

A
A
A

KUCING adalah antara haiwan peliharaan yang menjadi kesayangan ramai. Seperti haiwan lain haiwan comel itu juga tidak dapat lari daripada diserang penyakit.

Adakalanya sukar untuk mengenal pasti tahap kesihatan kerana ia bijak menyembunyikan kesakitan. Ramai pemilik haiwan hanya menyedari keadaan kesihatan merosot apabila ia sudah berada di peringkat reruk..

Oleh itu, penting bagi korang mengenal pasti tanda-tanda sekiranya kesihatan kucing kesayangan merosot.

Antaranya ialah kurang selera makan, nafas berbau, membuang air kecil atau besar di luar kotak pasir yang disediakan.

Ini termasuklah perubahan berat badan sama ada meningkat atau menurun dan perubahan tingkah laku seperti jadi pendiam. Kadangkala kucing yang sakit juga tidak dapat tidur malam dan kurang aktif.

Jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan sekiranya kucing korang sakit. Berikan ubat yang dibekalkan mengikut masa ditetapkan supaya ia segera sembuh.

Baca juga [VIDEO] Kejam! Anjing Dijerut Leher, Dibungkus Di Dalam Guni. Nasib Baik Sempat Diselamatkan Pencinta Haiwan

Doktor veterinar, Dr Salehatul Khuzaimah Mohd Ali menunjukkan cara-cara untuk memberikan ubat pada kucing. Pun begitu, beliau menegaskan ini adalah cara asas dan setiap kucing mempunyai tahap kerjasama berbeza. Jika tidak berkesan kaedah ini, maka boleh mempraktikkan cara lain.

Berikut adalah tip yang dikongsikan:

1- Jari kelingking dan jari manis diletakkan pada bahagian belakang tengkuk kucing manakala jari telunjuk dan ibu jari memegang bahagian atas muka kucing.

2- Dongakkan muka kucing sedikit dan buka mulutnya.

3- Masukkan ubat dengan cepat dan tutup mulutnya. Teruskan mengusap bahagian leher kucing.

Selain itu, korang juga boleh memegang bahagian atas tengkuknya semasa sesi memasukkan ubat dilakukan.

Bagi ubat jenis cecair pula, Dr Salehatul menggunakan kaedah memegang kucing yang sama dan ubat dipicit ke dalam mulut menggunakan syringe sedikit demi sedikit.

https://www.tiktok.com/@drima_vet/video/6970504580371172609?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6969853329165813250

Pada masa sama, menunjukkan cara memberikan ubat kepada kucing spesies Parsi. Ini disebabkan sebahagian besar menyatakan spesies terbabit sukar untuk makan ubat.

“Kucing muka ‘penyek & masam’ ni susah makan ubat? Practice makes perfect,” tulisnya.

Caranya sama cuma perlu berlatih dan bersabar kerana ia agak agresif dan mengeluarkan bunyi seperti tidak selesa.

Korang perlu mengusap bahagian bawah leher kucing selepas memasukkan ubat.

https://www.tiktok.com/@drima_vet/video/6973465029500767489?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6969853329165813250

Video yang mendapat 2.8 juta tontonan dan 262,600 tanda suka itu mendapat pelbagai komen daripada warganet yang turut berkongsi cabaran dihadapi setiap kali memberikan kucing ubat.

Menurut warga maya:

- “Kucing saya satu kampung boleh dengar dia teriak, macam kena dera. Terpaksa hancurkan ubat masukkan dalam wet food.”

- ”Tapikan doktor, kucing saya advanced. Dia pandai tahan ubat then muntahkan balik. Sorok dalam wet food pun dia tinggal seketul dalam pinggan.”

- “Ya ALLAH, selama ini saya struggle nak bagi kucing saya makan ubat. Sampai dua orang kena pegang.”

Diharapkan dengan perkongsian tersebut korang mendapat ilmu untuk memberikan ubat dengan betul kepada kucing mengikut saranan pakar veterinar.

Sumber: Instagram Dr Salehatul Khuzaimah 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca