BAHAGIAN belakang kuali atau periuk yang hitam dan berkerak memang menyakitkan mata sehingga boleh menyebabkan hilang semangat untuk memasak.

Macam-macam petua sudah mencuba, ada yang kurang berkesan, malah tidak kurang juga langsung tidak menjadi.

Barangkali, tip mudah dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama Ramdeep Osahan boleh dipraktikkan.

Setakat artikel ini ditulis video tutorial menunjukkan cara-cara mengilatkan kuali yang berkerak telah mendapat lebih 65 juta jumlah tontonan dan 3.6 juta tanda suka.

Jadi korang bolehlah cuba caranya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur peribadi.

Bahan-bahannya;

  • Garam
  • Soda bikarbonat
  • Cecair pencuci
  • Berus periuk
  • Tisu
  • Cuka putih

[VIDEO] Cara mudah kilatkan kuali, periuk hitam berkerak. Hasilnya macam baharu dibeli

Cara-caranya:

1. Taburkan garam, soda bikarbonat dan cecair pencuci ke atas permukaan kuali atau periuk yang ingin dicuci.

2. Berus sedikit kawasan yang ingin dicuci menggunakan berus periuk. Berus manja-manja sahaja.

3. Letakkan tisu di kawasan tersebut.

Iklan

Baca juga Wang moratorium guna sebaiknya, jangan tukar sport rim kereta. 5 tip urus kewangan

4. Kemudian, tuang cuka putih pada semua permukaan yang berkerak.

5. Akhir sekali, oleskan kawasan tersebut dengan menggunakan tisu tadi.

Iklan

Selain petua tersebut, korang juga boleh menyental menggunakan sabun cap Buruh, sabun mandi dan sabun
Labour serta kulit nanas yang direbus.

Selamat mencuba!

@ramdeep.osahanEasy home trick 😳😳 ##foryou ##foryoupage ##diy ##ramdeeposahan

♬ 1,2,3,4 (One, Two, Three, Four) – Fun Elektro Mix – Funbeat