SEBELUM ini, terlalu banyak mitos mengenai rawatan sampingan yang dikatakan boleh menyembuhkan jangkitan Covid-19.

Antaranya seperti menggunakan bawang putih dan menghidu wap daripada air rebusan bunga cengih.

Terbaharu, tular di TikTok yang mengatakan semburan cuka pada tapak tangan dan kemudian menghidunya dapat mengelak daripada jangkitan wabak pandemik itu.

Kata mereka, bau masam yang dikeluarkan oleh cecair tersebut juga mampu mengelak virus itu tersebar kepada orang ramai.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian seorang ahli perubatan yang dikenali sebagai Dr Champz.

Tampil memberi penjelasan di TikToknya, beliau berkata, petua yang viral berkenaan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Buktinya, doktor itu pernah berhadapan dengan seorang pesakit yang mengadu pening dan sesak dada kerana mengamalkan kaedah menghidu cuka daripada tapak tangan berkenaan.

@drchampz#stitch with @keriaviralkemaman Kalaulah cuka boleh bunuh virus COVID.. #learnontiktok #tiktokguru #healthcheck #tiktokdoc_my

♬ original sound – DrChampz☆チェーミ 🇲🇾🇵🇸

“Sebenarnya, kandungan asid yang pekat boleh menyebabkan iritasi pada hidung, paru-paru dan mata,” jelasnya.

Pada masa sama, Dr Champz memberitahu, banyak langkah lain yang lebih mudah boleh dipraktikkan untuk menghindari daripada dijangkiti.

Artikel berkaitan: Selepas susu, kecoh air kelapa dicampur limau nipis, garam didakwa dapat sembuhkan Covid-19. Ini penjelasan sebenar.

Iklan

Pastinya cara tersebut adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jagalah jarak ketika berada di tempat awam, memakai double mask dan hand sanitizer. Paling penting sekali adalah kerap mencuci tangan.

“Mungkin cara itu boleh melegakan sedikit gejala namun ia tidak sesuai untuk semua orang,” katanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Oleh itu, tidak perlu terlalu taksub dengan amalan yang masih belum tahu kesahihannya.

Memadai dengan mematuhi SOP, selain hanya keluar rumah apabila perlu sahaja, tegasnya.

#kitalaluibersama