BANJIR kilat kerap terjadi akhir-akhir ini susulan daripada hujan lebat berterusan akibat peralihan monsun.

Fenomena La Nina (hujan berintensiti tinggi) dan Fasa Monsun Timur Laut menyebabkan hujan lebat dan ribut petir yang sedang berlaku di beberapa kawasan di negara ini.

Baca juga: Waspada! La Nina Berterusan Hingga Mei, Angin Kencang, Hujan Lebat Dijangka Di Pantai Timur, Sabah, S’wak

Baru-baru ini sebuah video memaparkan kediaman penduduk di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan tular kerana idea ‘genius’ membina penghadang menggunakan beg pasir.

Baca juga: Idea ‘Genius’ Penghadang Banjir Tular, Tuan Rumah Dipercayai Guna Beg Pasir Elak Air Masuk

Terbaru,  pengguna Facebook, Khairul Anuar Suria berkongsi video yang memaparkan idea lain mengelakkan air banjir memasuki rumah.

Menerusi video tersebut, kepingan kaca gentian digunakan sebagai penghadang air banjir separas paha dewasa. Difahamkan penghadang banjir itu adalah idea rakannya dan telah dipasang sendiri.

“Salah satu cara untuk halang air memasuki rumah sewaktu banjir mengunakan fiber glass (bukan cermin biasa) .

“Terbaik idea sahabat saya, Desmond Wong,” katanya.

Video berdurasi 22 saat itu turut memaparkan kepingan kaca gentian digunakan bagi menghadang pintu gelongsor (sliding door) kediaman.

Hantaran tersebut telah menerima lebih 2,700 tanda suka dan 7,200 perkongsian daripada warganet.

Iklan

Ia turut menerima pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mengatakan ia adalah idea baik untuk dicuba.

Malah ada juga yang memberikan cadangan menutup lubang tandas menggunakan tanah liat mainan untuk mengelakkan air melimpah masuk.

Iklan

Semoga idea ini boleh digunakan bagi kediaman di kawasan rendah yang terdedah dengan banjir kilat bagi mengelakkan kerosakan perabot.

Sekurang-kurangnya ada masa untuk mempersiapkan dokumen dan peralatan penting sebelum berpindah ke Pusat Perindahan Sementara (PPS).

Baca juga: [VIDEO] Lembah Klang Dilanda Banjir Kilat, Terowong Kuchai, Smart Tunnel Ditutup

Jangan lupa follow kami di Instagram!